Moga Ada Ruang Buatku

Thursday 30 August 2012

Jika Aku Jatuh Cinta



Ya ALLAH,
Jika aku jatuh CINTA,
CINTAkanlah aku pada seseorang yang melabuhkan CINTAnya padaMU,
agar bertambah kekuatanku untuk menyintaiMU...

Ya RAHIIM,
Jika aku jatuh HATI,
izinkanlah aku menyentuh HATI seseorang yang HATInya tertaut padaMU,
agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu...

Ya RABBI,
Jika aku jatuh HATI,
jagalah HATIku padanya, agar tidak berpaling daripadaMU.....

Ya RABBUL IZZATI ,
Jika aku RINDU ,
RINDUkanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalanMU....

Ya ALLAH ,
Jika aku menikmati CINTA kekasihMU,
janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan
indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirMu...

Ya Allah ,
Jika aku jatuh hati pada kekasihMu,
jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh
dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepadaMu....

Ya Allah,
Jika KAU halalkan aku merindui kekasihMU,
jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku
pada CINTA hakiki dan RINDU abadi
hanya kepadaMU....

...Amin..... Ya rabbal 'alamin.....



Coretan Rasa Si Musafir Kasih



Assalammualaikum….

 Hari ini 30-08-2012 satu sejarah terbesar terlakar dalam hidupku, aku sungguh rasa sangat gembira bila pak cikku Abdul Wahid yang banyak bantu aku terus hidup di dunia perantauan ini dan juga insan yang Allah kurniakan untuk membantu aku tinggal dan tumpang di rumahnya selama 3 tahun aku menuntut di Kolej Yaysan Sabah dalam Kos Diploma Teknologi Pengurusan. Alhamdulillah Allah berikan satu kemudahan buatku, tak cukup dengan itu dia juga banyak berikan motivasi pada aku, aku rasakan diriku sungguh bertuah sebab dialah satu-satunya yang membantu aku melihat dunia ini lebih jauh, dia seorang anak muda yang sangat tinggi usahanya, apa yang dia katakannya semuanya dia lakukan takda satupun yang dia kata dia tak lakukan, sungguh aku berasa sangat bertuah  saat ini.

 Dia memberikan aku satu ilmu yang sangat berguna buatku, dia tak pernah suru aku memandang dunia ini sempit, hidup ini sentiasa ada jalan buat kita yang ingin Berjaya. Yang paling aku kagum pada beliau antara seorang yang memikir umat yang ada. Pemikirannya buatkan aku rasa teruja dan aku sangat kagum serta ingin mencontohi jalan perjuangannya demi agama. Pesannya buatku dalam hidup ini yang paling penting cari redha Allah.

Beliau juga, memberikan aku satu wasiat paling penting agar aku tidak terpesonan dengan buaian dunia dan terperangkap di lembah yang hina, dia ajar aku untuk mengurus kewangan dengan bijak dan sistemmatik dan lebih berkesan. insaAllah apa yang diberikan pada aku, aku akan lakukan dan yang paling penting, dia nasihatkan agar aku tak abaikan orang tuaku, aku janji pada diriku aku tak akan kahwin selagi mana mak ayah aku tidak pijak tanah suci Mekah, aku sangat-sangat berharap perancanganku dalam jangka masa yang panjang ini Allah permudahkan dan aku mampu mengecapinya dengan izin Allah. InsaAllah

Wednesday 29 August 2012

Penyakit EGO!


Bagi orang-orang yang Ego


Apabila seseorang manusia itu alim yakni banyak ilmu dan lebih 
dari orang lain samada ilmu dunia dan akhirat, dan apabila seorang 
itu berpangkat besar Atau bila seseorang itu otaknya lebih dari 
orang lain atau bila seseorang itu kaya atau keturunan mulia Dan 
ternama seperti raja, ulama, orang besar dan bila seseorang itu 
berkelulusan tinggi dan bila seseorang perempuan itu cantik dan 
bila seseorang lelaki itu gagah maka rasa tinggi diri, sombong, 
angkuh dan takabur hingaplah pada hatinya. Sedar atau tidak sedar, 
sengaja atau tidak sengaja.

Sebab apabila seseorang itu mampu, berkebolehan, berjaya,istimewa, 
lebih dari orang lain maka lenyaplah rasa kekurangan, kelemahan 
dan kehambaan diri kepada Allah SWT dari hati nuraninya.Maka ruang
yang kosong itu segera pula diisi oleh rasa hebat, rasa besar,rasa 
istimewa, rasa tuan bahkan rasa Tuhan.Maka apabila hati sudah jadi 
begitu meninggilah diri dengan yang lain,  memandang rendah sesama 
hamba Allah,jijiklah dia terhadap manusia yang lemah dan hina maka 
sombonglah ia , angkuh dan takaburlah ia.Samada secara sengaja dan 
dirancang ataupun bukan secara dirancang dan tidak disedari.

Sebab ada orang apabila tahu dia istimewa maka dia pun mengaturlah 
hidupnya sebagai orang yang istimewa dan berusahalah dia menjaga 
statusnya.Sebaliknya ada pula orang yang sedar keistimewaan dirinya 
tetapi kerana dia faham Islam maka tidaklah mahu ia membesar-
besarkan dirinya. Tapi oleh  kerana taqwanya lemah maka dia tidak 
dapat mengawal nafsu yang sudah rasa istimewa itu dari bertindak 
dengan perangai orang orang yang sombong dan takabur dan dia tidak 
mahu sebab dia tahu sikap itu dosanya besar tetapi dia tidak dapat 
melawan nafsunya. Maka termasuklah juga ia di dalam  senarai orang 
yang sombong, ego dan takabur.

Mazmumah yang sangat dibenci Allah ialah penyakit ego (sombong) 
sebab ego membawa implikasi yang sangat buruk.Iblis laknatullah 
kerana penyakit ego telah derhaka kepada Tuhan. Firman Allah:-

Terjemahannya: "Dan (ingatlah) ketika Kami berfirman kepada para 
malaikat, sujudlah kamu kepada Adam maka sujudlah mereka kecuali 
iblis, ia enggan dan takabur dan ia termasuk golongan orang-orang 
kafir". (Surah Al-Baqarah : 34 )


Kerana merasa dirinya lebih istimewa daripada Adam,dia lebih mulia, 
lebih pandai, lebih senior dalam syurga maka sepatutnya dialah yg 
menjadi ketua dan orang lain sujud kepadanya. Tiba-tiba Allah 
meminta dia sujud pada Adam yang dipandang rendah itu hatinya
menolak dia lupa dia hamba Allah,keistimewaan itu pemberian Allah 
yang mana kalau Allah tarik kesemuanya kembalilah ia selaku hamba 
yang dhaif. Hatinya yang sudah dikuasai rasa hebat diri itu sudah 
cukup keras hingga dia tidak dapat sujud ketika Allah perintahkan
ia berbuat begitu. Sombongnya ia dan mendapat kemurkaan Allah lalu 
Allah menarik balik pinjamanNya pada Iblis lantas dihukum buang 
dari syurga ke satu tempat buangan yang susah dan hina iaitu 
di dunia ini.

Iblis sangat sombong sudah dihukum pun dia tidak mahu merendah 
diri juga bukannya dia minta ampun dengan Tuhan untuk sujud pada 
Adam malah dimintanya untuk menghasut dan menggoda manusia supaya 
manusia semua kufur  dengan Allah dan masuk neraka.

Pernah Iblis memberitahu Nabi Musa AS yang dia ingin bertaubat 
lantas Nabi Musa bertanya kepada Allah bagaimana caranya Iblis 
boleh bertaubat. Allah berfirman minta dia sujud di kubur Nabi 
Adam, mendengar itu dengan sombongnya Iblis bangun dan berkata. 
'waktu Adam hidup pun aku tidak sujud padanya inikan pula waktu 
dia sudah mati! tidak jadilah aku bertaubat kata Iblis. Begitu 
sekali kesombongan Iblis, dia cukup kenal Allah, sudah nampak api 
neraka namun kesombongannya membuatkan dia pandang kecil pada
Allah. Maka sekarang Iblis pun mengamuklah di tengah manusia untuk 
menjahanamkam anak cucu Nabi Adam agar semuanya masuk neraka 
bersamanya.

Beberapa ramai hari ini orang yang hatinya sudah jadi seperti hati 
Iblis. Merasa diri istimewa hingga memandang rendah pada orang 
lain, kalau ditegur melenting bahkan mencabar orang yang menegur 
hinggakan demi memuaskan hati sanggup melakukan dosa-dosa yang
boleh tercampak diri ke neraka. Allah berfirman dalam Hadis Qudsi:

"Kibir atau sombong itu selendangKu. Sesiapa yang memakai 
selendangKu nescaya dia tidak akan mencium bau syurga".

Itulah sombong namanya iaitu perangai Iblis, akhlak terkutuk dan 
siapa memilikinya maka nerakalah tempatnya.Rasulullah SAW dan para 
sahabat serta para ambia' & solehin (orang soleh) sangat tawadhuk
orangnya yakni merendah diri sesama manusia  Firman Allah dalam 
Al-Quran:

Terjemahannya: "Telah lahir Rasulullah di kalangan kamu, sangat 
susah dengan kesusahan kamu dan menginginkan keselamatan bagi kamu 
dan penyayang dengan orang-orang mukmin". (Surah At-Taubah:128)

Itulah hati orang yang tawadhuk yang rasa dirinya hamba Allah dan 
orang lain adalah saudara-saudaranya yang dikasihinya. Dia tidak 
merasa dirinya lebih dari orang lain walaupun dia telah diangkat 
oleh Allah menjadi kekasih Allah manusia paling mulia dan paling
tinggi pangkatnya, terkenal  namanya, luas pengaruhnya tetapi dia 
rasa dia hamba Allah seperti juga orang lain. Kalau dia tidak mahu 
susah orang lain pun tidak mahu susah, kalau dia tidak mahu 
dimalukan, dimarah, dicaci dan dihina orang lain pun begitu juga.

Kalau dia suka kepada keselamatan dan kebahgiaan maka orang lain 
pun turut demikian. Begitu dia menimbang perasaan orang sebab dia 
mengasihi orang lain seperti mana dia kasihkan dirinya. Hasilnya 
Rasulullah sangatlah menyayangi dan menghibur sahabat-sahabatnya 
dan seluruh orang-orang mukmin. Pada orang yang memusuhi beliau 
didoakan,"Wahai Tuhan berilah petunjuk kepada kaumku kerana mereka 
tidak mengetahui". Sebab itu Rasulullah boleh duduk dan bermesra 
dengan kasih sayang dengan orang-orang miskin dan orang-orang
kekurangan malah baginda memohon kepada Allah :

"Jadikanlah aku orang miskin, matikanlah aku dalam kemiskinan dan 
masukkanlah aku dalam syurga bersama-sama orang-orang miskin".
(Hadith Riwayat Tarmidzi)


Begitu hati Rasulullah dia tidak rasa yang dia istimewa dan hebat 
walaupun segala keistimewaan Allah limpahkan kepadanya, Sebab 
padanya keistimewaan itu semuanya hak Allah kerana itu baginda 
cukup hati-hati dengan nikmat itu malah dia takut ketika isterinya
Siti Aisyah Ummul Mukminin bertanya."kenapa tuan bersusah-payah 
begini sekali beribadah pada Allah hingga bengkak-bengkak kaki dan 
terjatuh-jatuh? bukankah tuan sudah dijamin selamat diakhirat 
bahkan disediakan syurga paling tinggi untuk tuan?".Lantas dijawab 
baginda,"terpulanglah pada Tuhan untuk buat atau beri  apa saja 
pada hamba-Nya ini, namun aku adalah hamba-Nya yang hina-dina, 
lemah dan kurang segala-galanya yang patu mengemis dan menyerah 
diri sepenuhnya pada Tuhanku itu".

Didalam kitab diriwayatkan suatu kisah bagaimana Alah bertanya 
kepada pesuruh-pesuruh-Nya:

 "Musa, engkau siapa?" Jawab Nabi Musa,"Ana Kalamullah".

 "Ibrahim, engkau siapa?"  Jawab Nabi Ibrahim,"Ana Khalilullah".

 "Isa, engkau siapa?" Jawab Nabi Isa, "Ana Rohullah".

Lalu Allah bertanya kepada Nabi kita,"Muhammad, engkau siapa?"
Jawablah Rasulullah dengan rendahnya."Ana yatim" terus Allah 
menyahut,"Engkau kekasihku, Habibullah". Orang yang merendah diri 
Allah angkat setinggi-tingginya. Rasulullah boleh makan sedulang
dan duduk sebelah-menyebelah bertindih lutut dengan orang dusun 
yang selekeh, hodoh, bodoh,berlendir-lendir, berdarah dan bernanah 
malah kudis di seluruh tubuhnya ketika orang itu berdiri di pintu
majlis makan baginda. Baginda bagaikan seorang ayah yang kasihnya 
lebih pada anaknya yang cacat dan lemah. Itulah Nabi kita yang 
patut kita contohi dan hayati agar benar-benar kita menjadi 
pengikutnya dan pewarisnya. Dan rupanya roh baginda yang terus 
hidup itu memandang kita dengan penuh kasih rindu dan supaya
disyafaatkan kita nanti di hari kiamat.

Abu Bakar habis harta bendanya dikorbankan untuk perjuangan Islam 
kemudian dia berkata,"Yang tinggal padaku hanyalah Allah dan Rasul 
dan aku merasa cukup dengan keduanya. Sayidina Umar yang keras dan
tegas melaksanakan hukum Allah berkata,"Sekiranya diberitahu 
bahawa  semua orang masuk syurga kecuali seorang maka aku rasa 
akulah yang seorang itu". Dia merasakan dialah yang paling banyak 
dosa sebab itu dia sangat merendahkan diri pada rakyatnya.  
Ditanggungnya guni gandum dibelakangnya dan dibawa kerumah seorang
janda bersama anak-anaknya yg ketiadaan makanan.Khadamnya meminta 
agar dialah yang menanggung guni gandum itu lantas dijawab Sayidina 
Umar."Bukan engkau yang akan menanggung beban tanggungjawab 
di akhirat nanti".

Kesombongan manusia hari ini jarang dimuktamarkan sedangkan itulah 
punca bagi segala krisis di dunia ini. Penyakit yang bahaya ini 
jika dibiarkan melanda dunia tanpa usaha untuk mengubatinya maka 
akan ranplah dunia ini nanti dikerjakan oleh manusia yang sudah
mengikut telunjuk dan sikap Iblis itu. Bila-bila masa saja Allah 
boleh hantar penyakit-penyakit bahaya pada kita bahkan bila-bila 
masa Allah boleh miskinkan kita jika Allah mahu. Sepatutnya kita 
takut dengan Allah, bila terbuat perangai sombong segeralah 
bertaubat jangan sampai Allah murka. Namrud yang kononnya hendak
lawan Allah, baru nyamuk masuk telinga terus kekepala bermain-main
di dalam otaknya itupun tewas terus mati masuk neraka. Firaun yang 
sombong mengaku dirinya Tuhan maka Allah belah lautan tenggelamlah 
ia mati dek air jadi bangkai yang tercampak.

Apalah dibanggakan kehebatan kita itu,dia tidak menyelamatkan kita 
malah mungkin kalau salah gayanya sebab nikmat itu boleh jatuh 
di dunia apalagi di akhirat jatuh neraka hidup menderita. Kitakan
dari setitis mani, air mani itu kan hina? kalau jatuh ke air itik 
pun tidak sudu di daratan  ayam pun tak patuk. Maka kalau kita 
mahu sedar diuntung patutnya kita selalu menghinakan diri kita dan 
merasa hina untuk Allah sehina air mani. Kemudian bermurah hati
dengan manusia, hiburkan manusia sebagaimana kita suka dihiburkan 
barulah orang suka dengan kita. Katakan selalu pada diri:"Wahai 
diri, engkau bagaikan sampah yang selau menyusahkan orang. Bila-
bila masa Allah boleh buangkan engkau ke dalam bakul sampah-Nya 
iaitu Neraka Jahannam". Dan selawatlah pada Nabi sebanyak
mungkin setiap masa sebagai ubat untuk melembutkan
hati.

"Tuhanku, aku tidaklah layak untuk syurgamu tetapi aku tidak pula 
sanggup menanggung siksa nerakamu oleh itu kurniakanlah keampunan 
kepadaku.....ampunkanlah dosaku bahawa sesungguhnya Engkaulah 
pengampun dosa-dosa besar".


Tuesday 28 August 2012

Buat Diri Kamu


                                                          
                               Cuba dengar baik-baik... 

AKU pernah mengatakan kepada kamu bahawa sesuatu itu mustahil kekal dalam sesuatu keadaan. Ini adalah sunnatullah - berubah bak roda. Sekejap ke atas, sekejap ke bawah. Pernah Islam gemilang pada zaman Rasulullah, Khulafar al-Rashidin, Umaiyah, Abassiah, Uthmaniyah, Anatolia, Safawiyah dan Mongol di India. Islam pernah dihancurkan oleh Perang Salib, kaum Mongol dan sekularisme Kamal Ataturk. Islam di Eropah dihancurkan oleh kombinasi Katholik antara Ferdinand dan Isabella.

Aku katakan jangan bersedih walaupun sekarang Islam cuba dihancurkan oleh Israel dan Amerika. Kita terpaksa menerima fakta ini, kita sedang berada pada roda sebelah bawah. Sebelum ini bukankah kita berada di atas? Sekarang kita berada di bawah -apa bezanya? Sama bukan?. Ini kerana sebelum kita ke bawah, kita mengulangi kesalahan dan dosa yang dilakukan oleh orang Umaiyah sebelum mereka hancur. Kita melakukan segala kesalahan dan dosa yang dilakukan oleh Abbasiah sebelum mereka hancur. Begitulah juga kita meniru kelakuan umat yang terdahulu yang dihancurkan. Sejarah itu berulang dan manusia (annas) itu pelupa. Maka itu kita berdebok jatuh ke bawah. Peduli apa! Kita terimalah.

Maka itu kita di sini perlu ingat, ya situasi di negara kita sendiri. Sekiranya kita melakukan kesalahan yang serupa yang dibuat oleh orang yang terdahulu, kita juga akan dilanyak jadi lempeng hangus. Kalau tak percaya tunggulah. Satu hari nanti akan ada satu "kuasa" yang memukul kita bersepai di muka bumi, sekiranya kita tidak berwaspada dengan konsep "roda yang berpusing" ini.

Ciri utama sesuatu umat itu akan dimusnahkan ialah membelakangkan al- Quran dan Hadith. Semakin jauh kita dari al-Quran dan Hadith semakin dekat kita kepada kehancuran itu. Penyakitnya bermula dari dalam. Berpoya-poya. Rasuah. Harta negara dan wang rakyat dirompak. Meletakkan sesuatu, seseorang, institusi atau apa saja tidak kena pada tempatnya. Orang yang salah memimpin sesuatu jemaah. Orang yang bodoh dan tolol jadi pemimpin. Orang berilmu berdiam diri. Orang miskin terus melarat tiada pembelaan. Tiada suara mencegah yang mungkar dan menyuruh berbuat baik.

Allah akan memulakan tanda-tanda kecil sebelum tibanya musibah total yang memukul habis: banyak maksiat, gejala sosial yang buruk, anak muda tersalah jalan, orang tua tak sedar diri, banyaknya hiburan yang melalaikan, berlaku bencana alam yang tak disangka-sangka. Dan banyak lagi. Kerja kufur kepada Allah bukan saja dilakukan oleh individu bahkan satu bangsa dan satu negara sekali gus.

Sila lihat keliling? Ada atau tidak tanda-tanda seperti ini dalam masyarakat kita? Kalau ada, sah! Kita sedang menjunam ke bawah. Akan ada kuasa yang kuat melanyak kita jadi lempeng hangus. Usah tanya "kuasa" siapa itu. Kamu boleh menjawab sendiri. Aku sendiri berpendapat kita memang menuju kepada "ke bawah". Kerana apa? Selalunya sunnatullah itu berlangsung selama 50-100 tahun dalam satu- satu keadaan. Sekiranya sesuatu bangsa itu bersih, maka ia boleh bertahan selama 300 tahun. Selepas itu mulalah melakukan penyelewengan sehingga ia menjunam ke bawah.

Contoh mutakhir ialah Bosnia, umat Islamnya terus meninggalkan agama dan hidup secara orang Kristian. Akhirnya Allah hancurkan mereka dengan menjadikan kenalan, jiran, sahabat mereka sendiri sebagai ejen pemusnahannya. Itu pengajaran.

Bangsa kita baru merdeka 45 tahun, baru satu generasi. Sekiranya kita tidak memelihara amanat ini - amanat apa itu? - amanat Allah iaitu agama Islam - kita akan dihancurkan dalam tempoh 50 tahun lagi. Siapa yang akan melutu kepala kita? Perhatilah keliling, siapa yang memelihara moral mereka, siapa yang beradab, siapa yang membina ilmu - mereka ialah orang kuffar. Siapa yang memelihara ini, dia yang melutu kepala kita yang bobrak moralnya, yang sentiasa berdosa, yang sentiasa berlaku zalim sesama seagama. Allah sudah berfirman dalam al- Quran hal ini. Carilah!

Adakah kamu fikir Amerika akan kekal begitu? Tidak! Adakah kamu fikir Israel akan kekal seperti sekarang? Tidak! Ya, mereka mungkin berkuasa 100 tahun lagi tetapi awas, mereka akan ditewaskan. Mengapa? Barang siapa melakukan kezaliman, akan ada "kuasa" lain menzalimi mereka balik. Ini juga sunatullah.

Orang Yahudi melakukan kezaliman dua kali (marrotaini) saja di muka bumi ini (ada dalam al-Quran). Pertama sejak bangsa Yahudi wujud pada zaman Nabi Musa (membawa Bani Israel dari Mesir ke Sinai dan kemudian ke Canaan) sehingga wujud Negara Madinah. Bani Israel memang bangsa pilihan dan diakui oleh al-Quran. Tetapi mereka melakukan kezaliman dengan membunuh para nabi, mengubah kitab suci, mempersendakan nabi- nabi dan macam-macam dosa lagi. Mereka berkuasa tetapi berlaku zalim.

Apabila Islam membina negara dan tamadun di Madinah, Yahudi lupus. Di mana saja bangsa Yahudi berada mereka dibenci, ditindas dan dizalimi - baik di Eropah, Russia, Timur Tengah mahupun Afrika. Pernahkan anda mendengar berabad-abad diaspora Yahudi di Eropah dihalau dan ditindas sehingga (Holocaust) zaman Hitler? Inilah pusingan ke bawah untuk roda Yahudi, setelah berkurun lamanya mereka berkuasa di atas melakukan kezaliman.

Sekarang, selepas 1948 (wujudnya negara Israel), tiba kebangkitan Yahudi semula. Awas! Ini kebangkitan Yahudi kali kedua seperti yang tersebut dalam al-Quran. Ertinya Yahudi berada di roda atas baru 54 tahun - masih muda benar. Seperti yang biasa berlaku, sesuatu kuasa
(tamadun) itu akan bertahan paling kurang 100 tahun. Kuasa Yahudi ini mungkin bertahan sehingga 500 atau 600 tahun lagi. Ya Allah, lama lagi untuk menunggu Yahudi ditumpaskan untuk kali kedua dan ini untuk selama-lamanya. Kita sudah tentu tak dapat pun melihatnya. Syed Ali Akhbar dalam ruangannya dalam Berita Minggu pernah menurunkan ayat al- Quran tentang Yahudi akan ditewaskan.

Bangsa Yahudi memang satu bangsa yang gigih, intelektual yang hebat tetapi tidak bermoral, dan asabiah. Walaupun dalam Exodus dan Joshua ada aspek yang positif orang Yahudi terhadap bangsa lain tetapi Yahudi lebih cenderung mengambil ayat Taurat yang lebih agresif yang konon mengatakan Tuhan membenar memusnahkan bangsa lain (kelas kedua) di dunia ini. Sebagai bangsa pilihan Tuhan Yahudi tidak terikat oleh mana-mana undang-undang bangsa lain.

Bangsa Palestin jika dibandingkan dengan Yahudi kata Nabi Israel Hess ialah seumpama kegelapan dengan cahaya. Dengan itu bangsa Palestin mesti menerima nasib yang sama seperti bangsa Amalek (satu bangsa minoriti di bawah koloni Bani Israel); dalam Taurat, Tuhan memerintahkan Bani Israel membunuh mereka tanpa belas kasihan - rujuk
1 Samuel 15:3). Maka itu intifadah yang dilakukan oleh orang Palestin dianggap oleh Haim Tzuria (mewakili Yahudi) sebagai:

Di setiap generasi ada sekelompok orang yang bangkit memberontak yang harus kita musnahkan. Kerananya, setiap generasi mempunyai Amaleknya sendiri. Bangsa Amalek pada generasi kita memperlihatkan dirinya dalam kebencian mendalam orang Arab terhadap kebangkitan nasional kita di tanah leluhur kita.

Lihatlah bagaimana Yahudi memburu, membunuh rakyat Palestin sekarang hatta orang sedang solat pun dibunuh dengan kejam yang dianggapnya Amalek. Ini semua kerana ekstremis Yahudi yang menganggap bangsa Semit itu (Yahudi) lebih mulia daripada bangsa Aria (Amerika), Roman
(Eropah) Arab, Ajam (Melayu), Persi, Iraq atau Afghanistan.

Seperti kata PM kita, enam juta rakyat Yahudi di Amerika amat berkuasa dan dapat berbuat segala apa yang mereka sukai. Ada pendapat yang mengatakan pemerintahan Amerika itu ialah ZOG (Zionist Occupation Government) yang didominasi oleh setan dan Yahudi.

Bagaimana kita nak lanyak Yahudi yang punya kekuatan tentera, senjata yang canggih dan disokong oleh Amerika itu? Senjata nuklear akan digunakan tetapi tidak berkesan sepenuhnya. Memang beratus-ratus ribu orang Islam akan mati tetapi yang lain akan bangun menentang. Mari kita lihat dulu bagaimana Rasulullah menceritakan hal akhir zaman ini. Rasulullah memang benar, sentiasa benar, tidak ada yang tidak benar, melainkan benar belaka.

Rasulullah bersabda yang mafhumnya: Pada akhir zaman nanti akan berlaku peperangan demi peperangan demi peperangan. Betul tak? Benar Rasulullah. Rasulullah berkata lagi yang mafhumnya: pada akhir zaman nanti ada padang pasir akan disuburkan dan tanam dengan tanam- tanaman. Benar atau tidak? Benar, kerana ini sedang berlaku di Libya setelah kerajaan membina sungai buatan manusia yang terbesar di dunia. Sekarang sudah 135,000 hektar padang pasir ditanam dengan segala macam tanam-tanaman.

Rasulullah bersabda lagi yang mafhumnya: Pada akhir zaman nanti hampir tidak dapat masuk secupak gandum ke Iraq. Benar sabda Rasulullah ini. Iraq di blocked oleh PBB yang didalangi oleh Amerika sejak 1991. Rasulullah bersabda lagi yang mafhumnya: Kamu akan berdamai dengan kaum Rom lalu memerangi musuh di belakang kamu. Ini ditujukan kepada pakatan Pakistan dengan Amerika memerangi Taliban. Penganalisis Hadith mengatakan Rom (Bani Ishaq) itu ialah Amerika dan Eropah.

Semuanya ini sudah berlaku. Kemudian cuba pula lihat apa kata Rasulullah seterusnya. Sabda Rasulullah yang mafhumnya: Kamu akan berebutkan harta di Sungai Furad (Euphrates) di Iraq sehingga 99 orang daripada 100 orang akan mati.

Ini belum berlaku dan mungkin akan berlaku kerana sekarang Amerika bercadang hendak menyerang Iraq atas desakan Israel yang mereka tuduh paksi pengganas tetapi sebenarnya merebut kekayaan minyak (harta di sungai Furad).

Percayalah, seandainya Amerika dan gengnya menyerang Iraq, Israel akan tumpang semangkuk. Ia akan mengambil kesempatan menyerang Lubnan, Syria, Jordan dan Arab Saudi. Peta sulit negara Zionis ialah dari tebing Laut Mediterranean hingga ke Sungai Euphrates.

Sabda Rasulullah lagi yang mafhumnya: Kamu akan dikhianati oleh Bani Ishaq (Amerika dan Eropah) lalu kamu berperang di Dabiq (satu kawasan dekat Damshik). Amerika sahabat dunia Arab kini tetapi mengkhianati mereka dengan menolong Israel. Maka berlaku peperangan yang besar - ibu segala peperangan - Islam melawan Kuffar (Amerika, Eropah dan Israel). Ini peperangan yang paling besar dalam sejarah jagat manusia.

Apa kata Rasulullah tentang peperangan ini? Satu pertiga umat Islam akan lari dari medan pertempuran, satu pertiga lagi musnah, satu pertiga lagi menang. Sabda Rasulullah lagi yang mahfumya: Sebahagian orang Islam akan bangun berperang, mereka tidak takut mati. Mereka semuanya hancur. Sebahagian lagi bangun berperang, mereka tidak takut mati. Mereka semuanya hancur. Lalu bangkit sebahagian lagi, mereka tidak takut mati. Mereka semuanya hancur. Akhirnya pada hari keempat bangun lagi umat Islam berperang, mereka tidak takut mati. Banyaklah yang hancur. Hanya beberapa kerat yang menikmati kemenangan.

Tentang nasib Yahudi dalam peperangan ini, Rasulullah bersabda yang mafhumnya: Kamu akan menghancurkan Yahudi, sehingga batu dan pokok bercakap menunjukkan tempat Yahudi bersembunyi.

Begitulah hebatnya peperangan ini beribu-ribu kali lebih dahsyat dari pertempuran Islam melawan Kuffar di Ain Jalud. Sehingga digambarkan oleh Rasulullah, sekiranya burung terbang melintasi medan ini akan jatuh mati melihatkan mayat bergelimpangan dan darah membuak-buak. Memang benar senjata nuklear, biolgi atau kimia akan digunakan. Bayangkan kemusnahan umat Islam yang disebutkan oleh Rasulullah itu, sangat dahsyat. Tetapi umat Islam ada iman, iman dan iman. Sejarah bom atom di Hiroshima membuktikan orang Islam boleh selamat tak cacat cedera pun (Abd Razak Hamid, Pangeran Yusof Brunei dan kawan- kawannya) tidak mati dalam ledakan bom atom itu. Abd Razak dan Yusof masih hidup sekarang. Ini kuasa Allah dan iktibar bagi kita.

Jadi, sekiranya kamu hendak ke Jurusalem, silakan! Mungkin kamu boleh menawannya tahun depan. Kekuatan kamu ialah kerana kelemahan kami, seperti yang kamu katakan kami menyeleweng jauh dari landas agama, melakukan dosa besar dan kecil dan lalai dari menyuruh berbuat baik dan mencegah mungkar. Tetapi awas! Umat Islam akan merebut kembali seluruh Jurusalem seperti Salehuddin Al-Ayubi merebutnya daripada orang Kristian (walaupun 88 tahun lamanya dijajah).

Kamu berpegang kepada Protokol tetapi kami kepada al-Quran. Kami tidak takut mati kerana mati melawan kamu adalah mati syahid. Allah menjanjikan syurga untuk kami. Sejuta sahabat kami mati, tak apa, sejuta terus masuk syurga tanpa hisab. Alhamdulillah! Tetapi kamu mati katak, satu sen tak berharga kerana kamu kaum kuffar.

Selepas daripada ibu segala peperangan ini berakhir, Amerika, Eropah dan Israel dapat ditewaskan. Dunia akan diperintah oleh orang Islam. Dunia kembali aman, makmur dan sejahtera sehingga orang kaya berkeliling dunia mencari orang yang layak menerima zakat tetapi tidak bersua (mafhum Hadith Nabi s. a. w.).

Monday 27 August 2012

Yang kita inginkan atau yang kita perlukan?



Fitrah manusia ingin disayangi dan menyayangi, ingin dicintai dan menyintai, ingin dikasihi dan mengasihi, ingin dirindui dan merindui. Dari yang si kecil sehinggalah dewasa. Semua menginginkannya. Hatta Nabi Adam a.s sendiri menginginkannya. Walau pun diberi kebijaksanaan mengenal seluruh isi bumi, dianugerahkan segala-galanya namun Nabi Adam a.s tetap terasa sepi dan sunyi.

Maka lahirlah Hawa untuknya. Begitulah juga kita, menginginkan untuk memiliki seseorang yang disayangi dan pada masa yang sama turut dicintai.

Inginkan seseorang yang memiliki ciri-ciri yang sempurna juga fitrah manusia. Menginginkan yang cantik, lawa, menarik dan mempesonakan pandangan mata. Pendek kata yang memiliki keindahan, kekayaan, kebijaksanaan, kejayaan. Semuanya menjadi pilihan. Dengan pelbagai usaha digunakan untuk mendapatkannya, hinggalah ada yang sanggup bertumpahan darah seperti Qabil dan Habil, bergadai nyawa seperti Laila dan Majnun, sehidup semati ibarat Romeo dan Juliet.

Kerana ingin memiliki kasih sayang dan kononnya demi cinta suci. Akhirnya terkubur jasad ke tanah tanpa pengakhiran yang membahagiakan. Beginikah dikatakan ingin memiliki dan dimiliki. Apa yang pasti janji cuma tinggal janji..

Agama tidak melarang seseorang menginginkan teman dalam hidupnya. Namun apakah yang kita inginkan adalah yang kita perlukan? Adakah pasti yang diingini akan kita miliki? Seseorang yang kita inginkan belum tentu yang kita perlukan, dan seseorang yang kita perlukan juga belum tentu yang kita inginkan. Jadi, mana yang akan dipilih, yang diinginkan ataukah yang diperlukan? Ikut hati tentulah yang diingini tapi tanya akal pula pastilah yang diperlukan. Alamak, akal dan hati sentiasa berperang dan bermusuhan.

Lantaran itulah Allah s.w.t turunkan Al-Quran sebagai panduan dan sunnah Rasullullah s.a.w sebagai ikutan. Kandungannya banyak memberi petunjuk jalan agar usaha dan keputusan yang kita lalui sentiasa lurus, diredhai dan penuh keberkatan.

Malangnya, ramai antara kita belajar dari artis-artis Hollywood, Bollywood dan entah apa entah wood lagi. Novel-novel, majalah-majalah cinta pula sebagai rujukan utama. Maka, lahirlah ‘sektor perkapalan’ haram yang mengemudi bahtera bersama kelasinya. Ke hulu ke hilir membelah lautan biru menuju ke destinasi bahagia, kononnya. Tapi, yakinkah kita itulah kebahagiaan, itukah yang kita inginkan dan adakah itu yang kita perlukan? Tatkala, ada di antara kita yang tidak menginginkan seseorang itu sebagai teman hidupnya namun ditakdirkan menjadi miliknya. Umpama Nabi Yusuf a.s menolak cinta Siti Zulaikha akhirnya menjadi isteri yang paling disayangi dan dikasihi. Bukan didesak oleh keinginan hati tapi kerana memerlukan insan seperti Siti Zulaikha, menjadi isteri kerana Allah.

Kini, kenyataan telah terukir. Sesuatu yang kita perlukan itulah yang kita inginkan. Maka agama itulah yang kita perlukan bukan selain darinya. Sebagaimana yang tercoret dalam hadis Rasulullah s.a.w pilihlah seseorang itu kerana kecantikannya, hartanya, keturunan dan agamanya. Maka, pilihlah agamanya insya Allah kita akan temui kebahagiaan yang sebenar, wallahua’lam..

Saturday 18 August 2012

Kisah Tentang Cinta


Buta Cinta: Sesat Di Dunia, Merana Di Akhirat



Di Sebuah Taman Kota Kosmopolitan 2001
Para pekerja yang sibuk membersihkan kawasan taman rekreasi gempar. Raungan bunyi ambulan begitu
mengejutkan ketika pagi yang masih terlalu awal ini. Kelihatan beberapa petugas paramedik begitu
sibuk memberi pertolongan kepada sepasang muda-mudi yang terperangkap di dalam sebuah kereta di
taman tersebut. Nahas bagi pasangan merpati dua sejoli itu, malaikat maut telah mencabut nyawa
mereka dalam keadaan yang sungguh tragik.


Apa yang terjadi sebenarnya?

Ternyata sepasang muda-mudi itu nekad membunuh diri dengan menutup saluran ekzos kereta dengan
keadaan enjin kereta masih terpasang. Akibatnya mereka mati dalam keadaan berpelukan dan saling
berciuman sehingga begitu sukar pihak bertanggung jawab memisahkan antara dua jasad tersebut.
Begitu
‘mengharukan’!. Didalam kereta tersebut ditemui selembar kertas yang telah mereka tanda
tangani. Antara kandungannya; tolong jangan pisahkan mayat kami dan terus dikebumikan bagi
membuktikan cinta abadi kami sehidup semati. Dan di bahagian akhir surat tersebut tercatat bahawa
mereka melakukan ini demi menyelamatkan cinta
‘sejati’ yang ‘suci’ ini kerana orang tua tidak
merestui hubungan cinta mereka. Astaghfirullah
…!


Di sebuah rumah di Jazirah Arab 1400 tahun yang lampau


Abdullah bin Abu Bakar RA baru saja melangsungkan pernikahan dengan Atikah binti Zaid, seorang
wanita cantik rupawan dan berbudi luhur. Dia seorang wanita berakhlak mulia, berfikiran cemerlang
dan berkedudukan tinggi. Sudah tentu Abdullah amat mencintai isteri yang sebegitu sempurna menurut
pandangan manusia.


Pada suatu hari, ayahnya Abu Bakar RA lalu di rumah Abdullah untuk pergi bersama-sama untuk solat
jemaah di masjid. Namun apabila beliau dapati anaknya sedang berbual-bual dengan Atikah dengan
lembut dan mesra, beliau membatalkan niatnya dan meneruskan perjalanan ke masjid.


Setelah selesai menunaikan solat Abu Bakar RA sekali lagi melalui jalan di rumah anaknya. Alangkah
kesalnya Abu Bakar RA apabila beliau dapati anaknya masih begurau senda dengan isterinya
sebagaimana sebelum beliau menunaikan solat di masjid. Lantas Abu Bakar RA segera memanggil
Abdullah, seterusnya bertanya :
“ Wahai Abdullah, adakah kamu solat berjemaah ?” Tanpa berhujah
panjang Abu Bakar berkata :
““Wahai Abdullah, Atikah telah melalaikan kamu dari kehidupan dan
pandangan hidup malah dia juga telah melengahkan kamu dari solat fardhu, ceraikanlah dia!

Demikianlah perintah Abu Bakar kepada Abdullah. Suatu perintah ketika Abu bakar dapati anaknya
mula melalaikan hak Allah. Ketika beliau dapati Abdullah mula sibuk dengan isterinya yang cantik.
Ketika beliau dapati Abdullah terpesona keindahan dunia sehingga menyebabkan semangat juangnya
semakin luntur.


Lalu bagaimana tanggapan Abdullah? Tanpa berdolak dalih apatah lagi cuba membunuh diri, Abdullah
terus menyahut perintah ayahandanya dan menceraikan isteri yang cantik dan amat dicintainya.
Subhanallah!!!


Dari dua petikan kisah di atas, marilah kita sama-sama merenung tentang hakikat dan bagaimana
cinta sejati , tulus dan suci itu sebenarnya. Sesungguhnya perjalanan hidup manusia akan sentiasa
dipenuhi dengan warna-warna cinta. Malah boleh kita ungkapkan bahawa kehadiran manusia di muka
bumi ini disebabkan Allah SWT mencampakkan suatu perasaan di dalam jiwa manusia, itulah CINTA.


Membicarakan tentang cinta ibarat menuras air lautan dalam yang kaya dengan pelbagai khazanah
alam. Tak kan pernah habis dan kita akan sentiasa menemui berjuta macam benda. Dari sekecil-kecil
ikan hingga ikan paus yang terbesar. Dari kerang sampai mutiara malah jika diizinkan Allah, kita
mungkin menemui bangkai kapal dan bangkai manusia!!!


Usia sejarah cinta seumur dengan sejarah manusia itu sendiri. Jika di suatu tempat ada 1000
manusia maka di situ ada 1000 kisah cinta. Dan jika di muka bumi ini ada lebih 5 million manusia,
maka sejumlah itu pulalah kisah cinta akan digelar.


Walau berapa banyak pun nuansa cinta yang menjelma menjadi sebuah syair, drama, filem, lagu dan
berbagai bentuk hasil seni lain, namun pada hakikatnya cinta itu hanya ada dua buah versi sahaja.
Versi cinta nafsu (syahwat) dan cinta Rabbani.


Yang menjadi persoalan sekarang adalah mampukah kita membezakan yang mana cinta syahwat dan mana
cinta Rabbani?


Derasnya arus ghazwul fikr (serangan pemikiran) dalam kesenian terutamanya, telah mampu membungkus
cinta syahwat sehingga ia tampil sebagai cinta
“suci” yang mesti diperjuangkan, dimenangkan dan
diraih seterusnya untuk dinikmati.


Manusia seakan lupa pada sejarah. Lupa pada kisah-kisah tragik yang berakhir di hujung pisau atau
dalam segelas
‘penawar’ rumpai. Mereka semua rela diseret dan dijeremuskan ke dalam lubang
neraka’ hanya untuk mengejar salah satu rasa dari sekian banyak rasa yang ada disudut hati
manusia, itulah cinta.


Cinta memiliki kekuatan luar biasa. Dan kekuatan cinta (the power of love) mampu menjadikan
manusia peribadi yang sangat nekad atau sangat taat. Nekad dalam konteks sangat berani dalam
melanggar peraturan-peraturan Allah seperti berkhalwat (berdua-duaan dengan bukan mahram),
berkasih-kasihan lelaki dan perempuan, berpegangan tangan, mempertontonkan adegan berahi percuma
di khalayak ramai apatah lagi dalam sembunyi. Atau jika cinta tak mendapat restu dari orang tua,
pasangan akan nekad, terus lari dari rumah atau berzina (na
’udzubillah min dzalik). Dan tidak
sedikit pula yang begitu nekad sanggup melakukan perbuatan yang dilaknat Allah iaitu membunuh diri
demi cinta.


Peribadi-peribadi nekad seperti ini menjadikan cinta sebagai tujuan bukan sebagai sarana mencapai
tujuan. Oleh itu tidak hairanlah jika kita temui pelbagai kelakuan aneh para pencari cinta yang
tak masuk akal. Sebab apa yang mereka tuju adalah suatu yang abstrak, tidak jelas dan bukan
perkara yang pokok. Mereka sibuk mencari dan mengertikan makna cinta sementara lalai terhadap Dzat
yang menganugerahkan cinta. Dzat yang menumbuh suburkan rasa cinta. Dzat yang memberikan kekuatan
cinta. Dzat yang paling layak dicintai, kerana Dia juga Empunya nikmat cinta. Allah Rabbul
Alamin.


Kisah tragik di awal tulisan ini memberikan gambaran jelas sikap manusia yang rela mengorbankan
diri demi sepotong cinta. Muda-mudi yang nekad bunuh diri dengan pelbagai cara ini pada dasarnya
belum mengenali hakikat cinta. Cinta yang mereka kenal selama ini adalah cinta yang ditunggangi
oleh nafsu syahwat. Dan joki penunggangnya adalah syaitan laknatulllah. Pada momen ini syaitan
berteriak keriangan sambil mengibar-ngibarkan bendera kemenangan kerana berhasil menjerumuskan
anak cucu Nabi Adam dalam neraka jahannan dengan dalih cinta yang begitu murah nilainya.


Sebuah kisah lain tentang tragedi cinta dan kebodohan manusia yang amat memalukan berlaku di
Dhaka. Menurut laporan berita salah satu akhbar ibu kota di negeri tersebut, seorang ayah dan
anaknya mati saling tikam menikam hanya kerana merebut cinta seorang gadis. Tragedi bermula
apabila si gadis tidak tahu bahawa dua lelaki yang sering menjadi teman asmaranya pada waktu yang
berbeza adalah ayah dan anak. Sampailah pada suatu saat mereka terserempak pada waktu yang sama.
Maka tragedi pun bermula. Kedua-duanya sangat marah sehingga membawa kepada pertengkaran dan
akhirnya pergelutan dan perkelahian yang berakhir dengan si ayah mati akibat tertusuk di perutnya.
Namun sebelum rebah ia berjaya menancapkan belati di jantung anaknya. Matilah keduanya. Dan
pastilah neraka tempat kembalinya.


Itulah tragedi cinta. Cinta memang tak kenal warna. Cinta tak kenal baik-buruk. Cinta tak kenal
rupa dan pertalian darah. Memang begitulah adanya. Kerana yang mampu mengenal warna dan baik-buruk
adalah pelaku-pelaku cinta yang menggunakan akal fikirannya.


Sebaliknya cinta juga mampu melahirkan peribadi-peribadi yang mengagumkan. Peribadi yang tak takut
kehilangan suatu apa pun walau ia amat cinta pada sesuatu. Namun kerana cinta yang hadir dipenuhi
dengan nuansa keimanan, maka mereka rela mengorbankan apa saja yang mereka amat cintai demi
memperolehi keredhaan Dzat Pemberi cinta. Jiwa mereka tidak gundah gulana kerana kehilangan cinta
duniawi kerana Allah sebagai Dzat pemberi ketenteraman Peribadi-peribadi taat ini amat menyedari
bahawa cinta hanyalah sebagai sarana mencapai tujuan. Mereka yakin kenikmatan cinta tak ada
ertinya tanpa ada restu Allah sebagai Pemberi cinta. Maka yang mereka cari adalah redha dan cinta
Allah, bukan cinta yang bersifat sementara.


Kisah Abdullah putera Abu Bakar RA menjadi contoh kematangan pemuda yang mengenal erti cinta.
Bayangkan!! Dia memiliki isteri yang amat cantik, berakhlak mulia, berkedudukan tinggi dan
berharta. Namun apabila ayahandanya memerintahkan untuk menceraikan isterinya, dengan alasan
isterinya telah melalaikan Abdullah dalam menunaikan hak Allah seterusnya akan melengahkan
Abdullah berjihad di jalan Allah. Maka apa reaksi Abdullah? Tidak!! Abdullah tidak marah langsung
pada ayahnya. Atau berusaha mengambil pedang dan ingin memenggal kepala si ayah yang berusaha
memisahkan jalinan cinta yang memang sudah sah itu. Sekali lagi tidak!! Pemuda yang bernama
Abdullah melihat perintah itu dengan kacamata cinta yang diberikan Allah. Ia rela menceraikan
isteri yang dicintainya demi mempererat hubungan cinta dengan Allah. Subhanallah
… Masih adakah
pemuda-pemuda seperti peribadi Abdullah di zaman globalisasi kini?


Begitulah cinta. Ia mampu melambungkan manusia pada derajat kemuliaan yang tak terhingga. Manakala
frekuensi atau gelombang cintanya juga sudah selari dengan frekuensi atau gelombang cinta yang
Allah kehendaki. Semuanya akan senada seirama. Tak ada dengung sumbang, tak ada nada ternoda.
Demikian indah dan asli irama cinta sejati

Thursday 16 August 2012

7 Jenis Wajah Mayat di dalam Kubur


Untuk peringatan bersama ...


-Mayat yang mukanya berpaling dari arah kiblat. Itulah petanda bahawa
semasa hidupnya telah melakukan perkara syirik kepada Allah.

-Mayat yang mukanya berbentuk babi .Itulah petanda semasa hidupnya tidak
melakukan solat lima waktu, tidak menjaga solat lima waktu. Lalai dalam
solatnya. Sesungguhnya solat dapat mencegah diri dari melakukan perbuatan
keji dan mungkar.

-Mayat yang kepala menjadi batu yang hitam legam. Itulah mayat yang semasa
hidupnya derhaka kepada kedua ibu-bapa.

-Mayat yang perutnya buncit dan meletup. Itulah mayat yang semasa hidupnya
suka makan harta yang haram.

-Mayat yang kukunya mengcengkam dan meliliti seluruh tubuhnya. Itulah mayat
yang semasa hidupnya suka berkelahi, mengata orang dan mengumpat orang.

-Mayat yang keluar mata air dari kuburnya dan air itu baunya lebih busuk
dari bangkai. Itulah mayat orang yang suka makan riba'.

-Mayat yang wajahnya tersenyum. Itulah mayat yang semasa hidupnya berilmu
dan beramal soleh.

Note: Kisah ini diperolehi dari kaset ceramah "Wajah Mayat" oleh Ustaz
Kazim bin Elias.

Wednesday 15 August 2012

Pertama Kalinya..

Assalamualaikum..


Pertamanya rasa syukur sangat-sangat kepada Sang Pencipta diriku sebagai sesorang hambahnya di muka bumi ini, rasa gembira, rasa lucu dan macam-macam lagi yang sedang bermain di fikiranku, bukan apa? lama sudah aku inginkan ada blog ini, baru kesampaian kesian, itu pun orang lain yang buatkan, Allahmdulillah..

Aku dulu rasa kagum bila lihat orang lain ada blog, nampak macam hebat bila ada blog ini macam-macam boleh di buat, ada orang dengan blog ni jadi kaya, ada juga yang jatuh papa kedana disebabkan suka main saham dan ada juga yang jadikan blog ni satu eleman untuk berdakwah dengan orang lain. Mungkin ramai yang rasa tidak layak untuk berdakwah dan berhadapan dengan masyarakat, lalu mereka jadikan blogger ni satu uslub dakwah (cara) untuk sampaikan satu mesej pada masyarakat sekaligus menjadikan arena ini satu cara untuk menyedarkan orang lain.

hehe macam wartawan da? saja jak, tapi itulah yang aku faham, dari aku biarkan blog ni kosong and takda benda nak di perkatakan baik aku tulis apa yang aku faham..

Apa-apapun aku bersyukur pada orang yang buatkan aku blog ini, aku tak tahu macam mana nak balas jasanya hehe semoga Allah merahmatiNya dunia dan akhirat.. Walaupun pernah jadi musuhku dulu-dulu, tapi entah macam mana hati boleh "jatuh" mungkin tarbiah hati tak kuat lagi sebab itu iman goyah, aku bukanlah heba sangatt nak katakan tentang jodoh? semua itu suratan Allah, rasa tak layak untuk nyatakan semua tu pada orang yang di impikan sebab bagiku aku bukan baik untuk dapatkan orang yang lebih baik, tiba-tiba masuk pasal jodoh lagi.. hehehe takdalah aku cuma rasa diriku macam itu, 19thn aku hidup 6thn aku berada dalam kejahilan sungguh berada dalam dunia kejahilan buatkan aku melihat keadaan sekelilingku dan aku merasakan bahawa tiba saatnya aku kembali pada fitrahku, duniaku gelap segelap-gelapnya, kawan senakalanku mati didepanku.. bodohnya aku.. kalaulah aku tak ada di situ mesti kawanku tak jadi mangsa saat tu, dia mati di sebabkan selamatkan aku, di tolak orang yang tarik aku tu dan dia yang jadi mangsa, peristiwa 5tahun lalu mengajar aku erti hidup ni perlu berubah..

Sekarang semua itu sudah tinggal kenangan, itulah perjalanan dunia hidupku, aku kadang-kadang rasa diriku tak layak untuk menjadi seorang yang boleh berdiri di hadapan dan mengajak orang lain mengenal Allah.. Namun ada satu ayat dari Allah yang menggegarkan hatiku bila sahabatku Iswan Tanggiling membacakannya untukku 

A017
Dan demi sesungguhnya! Kami telah mudahkan Al-Quran untuk menjadi peringatan dan pengajaran, maka adakah sesiapa yang mahu mengambil peringatan dan pelajaran (daripadanya)?

Ayat ini diulang sebanyak empat kali dalam Al-Quran Surah Al-Qamar ayat 17,22,32 dan 40 itulah yang buat diriku terjaga dari lena yang panjang..

Buat yang di nanti kata-kata akhirnya masih aku ingat, "aku tak juga menolak, tak juga terima" hanya kata-kata teka teki itu yang di tinggalkan, aku cuma mampu berdoa agar hatiku sentiasa di jaga dan dipandu pada jalanNya, biarlah kenangan semalam hanya tinggal kenangan yang mengajar aku erti hidup yang penuh cabaran ini, aku bersyukur sangat kerana Dia menyanyangi diriku.. InsaAllah