Moga Ada Ruang Buatku

Saturday 22 September 2012

Pemilik Hati Suci





Melihat hujan turun dengan berdendangkan lagu
Hati kita turut berbunga
Menari dengan tarian tanpa arah
Cuba untuk mencapai pelangi
Hingga terlupa bila hujan ini berakhir

Lagu ini akan terhenti 
Namun hati kita masih bergelora
Kerana bisikan hati yang kita mulakan
Tidak terbatas sehingga kita mati

Jangan berikan hatimu itu padaku
Penjarakan ia dengan pagar rindu
Biarkan ia kosong agar kembali sunyi
Untuk berfikir tentang tujuan dan destinasi

Apabila cahaya iman itu bersemi
Ia akan sedar baik dan buruknya
Dan tahu bahawa aku adalah fitnah semata

Berikan iman pada hatimu
Lalu berikan hatimu itu padaku
Apabila sampai tempoh waktunya
Akan kumuliakan dengan lafaz sakinah

Jangan kau serahkan hatimu 
Sebelum sampai waktunya
Kelak kita tidak akan temui jalan pulang
Seperti bayang dalam air
Bila dicapai ia kan hilang
Kerana aku tidak sempurna
Dan kelemahan aku adalah wanita

Bersabarlah dengan kesabaran Maryam
Jangan terpedaya dengan muslihat dunia
Sekalipun ia menjanjikan seribu bahagia
Sampai masanya ia akan musnah
Hanya meninggalkan titik hitam di dalam hati

Biar berpisah dari bersalah
Biar mati dari mengingkari
Kerana Indahnya Syurga Firdausi
Hanya untuk pemilik hati yang suci

Buat Hati-hati Yang Tersungkur






“Tidak akan lurus keimanan seseorang sehingga lurus hatinya dan tidak akan lurus hatinya sehingga lurus lidahnya”-HR Ahmad.

“Allah jadikan bumi dan langit, binatang dan seluruh ciptaan-nya, untuk manusia dapat mengenal ALLAH ALLAH ciptakan dunia dan seisinya. Kejayaan kita adalah dengan menunaikan perintah ALLAH dalam setiap keadaan.mengamalkan agama untuk bina iman yakin benar pada diri kita dengan zat kebesaran ALLAH”-

“Jika ketenangan yang dicari, ALLAH akan terus menguji kitasehingga pada satu masa kita akan rasa indahnya TAWAKAL padaNya dan itulah nikmat ketennangan dalam jagaanNYa”
“Anak Adam menjadi semakin tua, tetapi ada dau perkara yang menjadaikannya semakin muda, iaitu TAMAK kepada harta dan TAMAK kepada umur “-HR Muslim.

“Every second ALLAH remember you, every minute ALLAH misses you, every hour ALLAH cares for you, because every day I pray to ALLAH to take care of you…..”

“Dunia bersifat sementara, maka kebahagian yang dikandungnya juga bersifat sementara, sebaliknya akhirat bersifat kekal dan kebahagiannya juga bersifat abadi”-Hukamak

“Setiap anak Adam melakukan dosa, dan sebaik-baik manuasia yang berdosa adalah yang segera bertaubat kepada-NYA”-Hadith

“Moga hidupmu besinar dengan keimanan, matamu bercahaya dengan kalimah ALLAH, hatimu terhibur dengan ketakwaan dan akhlakmu indah bagaikan AL-QURAN, semoga hidupmu dalam keredhaan”

“Air yang jernih tidak akan keruh andai tidak ada penyebab yang mengeruhkannya, Namun hati yang suci akan menjadi keruh sekiranya tidak diisi dengan iman. Hati juga akan ditumbuhi oleh titik-titik hitam andai membaca Al-Quran tidak dijadikan amalan dengan membaca Al-Quran dan mengingati ALLAH hati akan menjadi tenang”

“Kasih saying manusia hanya setitis jika dibandingkan lautan cinta milik ALLAH dan sekioranya hilang yang setitis tidak akan menjejaskan hidupmu jika yang selautan itu masih kau miliki”

“Teruskan kehidupan masa depanmu berlandaskan Islam, Amal dan Iman. Yang penting hidup ini hanya kerana ALLAH. Tanpa keimanan dan ketakwaan hidup kita ridaka akan bermakna”.

“Inginkan Mutiara Selamilah Lautan. Inginkan Bahagia Tempuhilah Penderitaan. Inginkan Kejayaan Perlulah Pengorbanan. Ketahuilah setiap Kepahitan Itu Sebenarnya Terkandung Seribu Kemanisan”

“Ketenangan dan Kebahagiaan Itua adalah Hembusan Dari Langit, Di Turunkan Ke Dalam Lubuk Hati Orang Beriman , Mereka Akan Tetap Berhati Teguh Dikala Orang Lain Mengalami Kegoncangan”…..Syed Qutb.

Ada Kasih Mungkin Tersisih. Ada Sayang Mungkin Terbuang. Ada Rindu Mungkin Tertunggu. Ada Cinta Mungkin Terluka”

“Ingati Bila Sunyi, Rindui Bila Berjauhan, Fahami Bila Keliru, Nasihati Bila Terleka dan Maaafkan Bila Terluka. Itulah Indahnya PERSAHABATAN”…..

“Yang Dekat Itu Mati, Yang Jauh Itu Masa, Yang Besar Itu Nafsu, Yang Berat Itu Amanah, Yang Indah Itu Solat, Yang Tajam Itu Lidah”

“Orang Yang Benar Itu Bukanlah Orang Yang Tidak Pernah Melakukan Kesalahan,Melainkan Orang-orang Yang Dapat Menjadikan Kesalahan Itu Sebagai Alat Untuk Memperbaiki Diri”

Tuesday 11 September 2012

Ayuh usah kau mengalah!


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Selawat dan salam atas Nabi junjungan, nabi Muhammad SAW, para sahabat, keluarga banginda dan para mujahid dan mujahidin ynag masih bertebaran di muka bumi Allah SWT ini


Saat aku merentas lautan kehidupan, aku rasakan dalam setiap persinggahan umurkan aku tidak membawa sebarang bekalan untukku menghadap Tuhanku. Mentari pagi ini suram dengan ditemani cahaya jingganya, aku meneruskan rutinku sebagai seorang Mahasiswa di sebuah Ititusi pengajian tinggi swasta Kolej Yayasan Sabah. Sedar tak sedar kini aku hampir setahun berada di kota pusat bandar raya sabah ini bagi mencari ilmu buat masa depan yang bakal berkunjung tiba. Adakalanya rasa letih dengan hari-hari kehidupan seperti ini, namun semua itu aku tepis dengan membawa semangat diri yang berkobar-kobar untuk mengabiskan diploma yang kini hanya bersisa dua tahun lagi. Pesana ibu dan ayahku "jan? kalau kau masih mampu belajar, belajarlah nak, jangan jadi macam bapak ni, lagipun bapak dengan mamakku masih mampu berkerja untuk kamu belajar" itulah kata-kata keramat yang membakar semangatku saat ini, walaupun aku tak mampu dan tidak kuat melalui titian perjalanan hidup ini, namun bila aku ingat kembali kata-kata mereka ini aku terus bingkas bangkit dari terus menyerah diri. Semoga hari-hari yang aku lalui lepas ini aku mampu laluinya dengan bekalan semangat yang ada.

"biar Gambar Berbicara"


Dendang dariku



Mimpi Semalan

Aku masih mendengar jeritanku
Jeritan yang dalam kelalaian
Jerita riang yang membawa kelekaan
Sedang jasadku dalam buaian dosa

Hatiku gelap dari Nur Ilahi
Tanganku penuh dengan kekotoran
Lidahku tak kekang dari berkat yang sia-sia
Segalana aku lakukan dalam dunia jahiliahku

Tanpa aku sedari hatiku diketuk
Hadirnya membawa satu erti
Dahiku yang ego kini jatuh sujud padaNya
Air mata saat itu jatuh gugur mengharapkan keampunan dariNya

Adakah ruang dan peluang buatku?
Aku bagaikan bertopengkan Syaitan jadian
Ingin sekali aku buang segala sifat Ego dan kefuturan ini
Agar aku tenang bertemu denganNya 

Monday 10 September 2012

Amanah Buat Pendokong Dan Penyokong



Amanat Presiden PAS Buat Petugas PRU13


WAHAI orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan) dan kuatkanlah kesabaran kamu (lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan) dan bersedialah (dengan melaksanakan tugas masing-masing) serta bertakwalah kamu kepada Allah supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan).

(Maksud
 Ali Imran: 200)

SELURUH ahli PAS perlu menjadikan gerakerja dalam Pilihan Raya Umum Ke- 13 sebagai sebahagian daripada jihad dan ibadah, dengan membetulkan niat melaksanakan tugas dengan penuh istiqamah dan iltizam, semata-mata mencapai keredaan Allah.

Persiapkanlah diri dengan kesabaran yang tinggi berdepan pertembungan paling sengit ini, dengan memperkukuhkan jentera parti daripada peringkat pusat sehingga cawangan dan peti undi. Elakkanlah khilaf (yang tidak perlu) dan mengutamakan semangat syura dalam membuat keputusan di setiap peringkat.

Sekiranya PAS dan Pakatan Rakyat diberi kepercayaan memimpin Malaysia, semua rakyat akan dilayan sama adil sebagaimana tuntutan Islam, dan seperti yang dipelajari dari Sirah Rasulullah s.a.w. tidak akan wujud gejala membalas dendam.

Marilah kita, ahli dan penyokong PAS, terus mempereratkan hubungan dengan Allah SWT dengan bermunajat dan bertawakkal kepada-Nya bagi memenuhi ciri-ciri golongan yang mendapat pertolongan Allah SWT. Saya menyeru ahli PAS mendekati para pegawai kerajaan termasuk ahli-ahli pasukan keselamatan seperti anggota tentera, polis dan RELA.

Petugas PAS juga perlu mempertingkatkan akhlak walaupun ketika menghadapi provokasi melampau pihak lawan, agar mereka juga dapat beralih bersama-sama menyokong perjuangan.

– Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang –

Pesan Roh Padamu




Pesan Roh Kepada Manusia Apabila roh keluar dari jasad, ia akan berkata-kata dan seluruh isi alam sama ada di langit atau bumi akan mendengarnya kecuali jin dan manusia. Apabila mayat dimandikan, lalu roh
                              
berkata : "Wahai orang yang memandikan, aku minta kepadamu kerana Allah untuk melepaskan pakaianku dengan perlahan-lahan sebab pada saat ini aku beristirahat daripada seretan malaikat maut". Selepas itu, mayat pula bersuara sambil merayu :
                              "Wahai orang yang memandikan, janganlah engkau
                              menuangkan airmu dalam keadaan panas. Begitu juga
                              jangan menuangnya dengan air yang dingin kerana
                              tubuhku terbakar apabila terlepasnya roh dari
                              tubuh".
Apabila dimandikan, roh sekali lagi merayu :
                                "Demi Allah, wahai orang yang memandikan jangan engkau
                              menggosok aku dengan kuat sebab tubuhku luka-luka
                              dengan keluarnya roh". Setelah dimandi dan
                              dikafankan, telapak kaki mayat diikat dan ia pun
                              memanggil-manggil dan berpesan lagi supaya jangan
                              diikat terlalu kuat serta mengafani kepalanya
                              kerana ingin melihat wajahnya sendiri, anak-anak,
                              isteri atau suami buat kali terakhir kerana tidak
                              dapat melihat lagi sampai Hari Kiamat.
 Sebaik keluar dari rumah lalu ia berpesan : "Demi
                              Allah, wahai jemaahku, aku telah meniggalkan
                              isteriku menjadi Balu. Maka janganlah kamu
                              menyakitinya.Anak-anakku telah menjadi yatim dan
                              janganlah kalian Menyakiti mereka. Sesungguhnya
                              pada hari itu aku telah keluar dari rumahku dan
                              aku tidak akan dapat kembali kepada mereka buat
                              selama-lamanya". 
Sesudah mayat diletakkan pada pengusung, sekali lagi diserunya kepada jemaah supaya jangan mempercepatkan mayatnya ke kubur selagi belum mendengar suara anak-anak dan sanak saudara buat kali terakhir.Sesudah dibawa dan melangkah sebanyak tiga langkah
                              dari rumah, roh pula berpesan: "Wahai Kekasihku,
                              wahai saudaraku dan wahai anak-anakku, jangan kamu
                              diperdaya dunia sebagaimana ia memperdayakan aku
                              dan janganlah kamu lalai ketika ini sebagaimana ia
                              melalaikan aku". "Sesungguhnya aku tinggalkan apa
                              yang aku telah aku kumpulkan untuk warisku dan
                              sedikitpun mereka tidak mahu menanggung
                              kesalahanku". "Adapun didunia, Allah menghisab
                              aku, padahal kamu berasa senang dengan keduniaan.
                              Dan mereka juga tidak mahu mendoakan aku".
       Ada satu riwayat drp Abi Qalabah mengenai mimpi beliau yang melihat kubur pecah. Lalu mayat-mayat itu keluar dari duduk di tepi kubur masing-masing. Bagaimanapun tidak seorang pun ada tanda-tanda memperolehi nur di muka mereka. Dalam mimpi itu, Abi Qalabah dapat melihat jirannya juga dalam keadaan yang sama. Lalu dia bertanya kepada mayat jirannya mengenai ketiadaan nur itu. Maka mayat
                              itu menjawab: "Sesungguhnya bagi mereka yang
                              memperolehi nur adalah kerana petunjuk drpd
                              anak-anak dan teman-teman. Sebaliknya aku
                              mempunyai anak-anak yang tidak soleh dan tidak
                              pernah mendoakan aku".
     Setelah mendengar jawapan mayat itu, Abi Qalabah pun terjaga. Pada malam itu juga dia memanggil anak jirannya dan menceritakan apa yang dilihatnya dalam mimpi mengenai bapa mereka. Mendengar keadaan itu, anak-anak jiran itu berjanji di hadapan Abi Qalabah akan mendoa dan bersedekah untuk bapanya. Seterusnya tidak lama selepas itu, Abi Qalabah sekali lagi bermimpi melihat jirannya. Bagaimanapun kali ini jirannya sudah ada nur dimukanya dan kelihatan lebih terang daripada matahari.
                              Baginda Rasullullah S.A.W berkata:
                              Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan
                              masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam
                              lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian
                              mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak
                              kakinya sehingga sampai kelutut. Setelah itu
                              datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk
                              menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan
                              kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu
                              kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik
                              rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan
                              kemudiannya mereka keluar.Dan akhir sekali datang
                              lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh
                              dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan
                              itulah yang dikatakan saat nazak orang itu."
                              Sambung Rasullullah S.A.W. lagi:
                              "Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman,
                              maka malaikat Jibrail A.S. akan menebarkan
                              sayapnya yang di sebelah kanan sehingga orang yang
                              nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga.
                              Apabila orang yang beriman itu melihat syurga,
                              maka dia akan lupa kepada orang yang berada di
                              sekelilinginya. Ini adalah kerana sangat rindunya
                              pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada
                              sayap Jibrail A.S. "Kalau orang yang nazak itu
                              orang munafik, maka Jibrail A.S. akan menebarkan
                              sayap di sebelahkiri. Maka orang yang nazak tu
                              dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam
                              masa itu orang itu tidak lagi melihat orang di
                              sekelilinginya. Ini adalah kerana terlalu takutnya
                              apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat
                              tinggalnya.

        
 Dari sebuah hadis bahawa apabila Allah S.W.T. menghendaki seorang mukmin itu dicabut nyawanya maka datanglah malaikat maut. Apabila malaikat maut hendak mencabut roh orang mukmin itu dari arah mulut maka keluarlah zikir dari mulut orang
                              mukmin itu dengan berkata: "Tidak ada jalan bagimu
                              mencabut rohorang ini melalui jalan ini kerana
                              orang ini sentiasa menjadikan lidahnya berzikir
                              kepada Allah S.W.T." Setelah malaikat maut
                              mendengar penjelasan itu, maka dia pun kembali
                              kepada AllahS.W.T.dan menjelaskan apa yang
                              diucapkan oleh lidah orang mukmin itu.
                              Lalu Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud: "Wahai
                              malaikat maut, kamu cabutlah ruhnya dari arah
                              lain." Sebaik saja malaikat maut mendapat perintah
                              Allah S.W.T. maka malaikat maut pun cuba mencabut
                              roh orang mukmin dari arah tangan. Tapi keluarlah
                              sedekah dari arah tangan orang mukmin itu,
                              keluarlah usapan kepala anak-anak yatim dan keluar
                              penulisan ilmu. Maka berkata tangan: Tidak ada
                              jalan bagimu untuk mencabut roh orang mukmin
                              dariarah ini, tangan ini telah mengeluarkan
                              sedekah,tangan ini mengusap kepala anak-anak yatim
                              dan tangan ini menulis ilmu pengetahuan."
 Oleh kerana malaikat maut gagal untuk mencabut roh orang mukmin dari arah tangan maka malaikat maut cuba pula dari arah kaki. Malangnya malaikat maut juga gagal melakukan sebab kaki berkata: Tidak ada jalan bagimu dari arah ini Kerana kaki ini sentiasa berjalan berulang alik mengerjakan solat dengan berjemaah dan kaki ini juga berjalan enghadiri majlis-majli! s ilmu." Apabila gagal malaikat maut,mencabut roh orang mukmin dari arah kaki, maka malaikat maut cuba pula dari arah telinga. Sebaik saja malaikat maut menghampiri telinga maka telinga pun berkata: "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana telinga ini sentiasa mendengar bacaan Al-Quran dan zikir." Akhir sekali malaikat maut cuba mencabut orang mukmin dari arah mata tetapi baru saja hendak menghampiri mata maka
                              berkata mata: "Tidak ada jalan bagimu dari arah
                              ini sebab mata ini sentiasa melihat beberapa
                              mushaf dan kitab-kitab dan mata ini sentiasa
                              menangis kerana takutkan Allah." Setelah gagal
                              maka malaikat maut kembali kepada Allah S.W.T.
                              Kemudian AllahS.W.T. berfirman yang
                              bermaksud:"Wahai malaikatKu, tulis AsmaKu
                              ditelapak tanganmu dan tunjukkan kepada roh orang
                              yang beriman itu." Sebaik saja mendapat perintah
                              AllahS.W.T. maka malaikat maut menghampiri roh
                              orang itu dan menunjukkan AsmaAllah S.W.T. Sebaik
                              saja melihat Asma Allah dan cintanya kepada
                              AllahS.W.T maka keluarl! ah roh tersebut dari arah
                              mulut dengan tenang.
                              Abu Bakar R.A. telah ditanya tentang kemana roh
                              pergi setelah ia keluar dari jasad. Maka berkata
                              Abu Bakar R.A: "Roh itu menuju ketujuh tempat:-

                              1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga
                              Adnin.
                              2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.
                              3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga
                              Illiyyina.
                              4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung di
                              syurga mengikut kehendak mereka.
                              5.Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di
                              udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai
                              hari kiamat.
                              6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di
                              gunung dari minyak misik.
                              7.Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka
                              Sijjin,mereka diseksa berserta jasadnya hingga
                              sampai hari Kiamat."
                              Telah bersabda Rasullullah S.A.W: Tiga kelompok
                              manusia yang akan dijabat tangannya oleh para
                              malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya:-
                              1. Orang-orang yang mati syahid.
                              2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam
                              bulan ramadhan.
                              3. Orang berpuasa di hari Arafah.
                              Sekian untuk ingatan kita bersama.
                              Kalau rajin. Tolong sebarkan kisah ini kepada
                              saudara Islam yang lain. Ilmu yang bermanfaat
                              ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang
                              yang mengajarnya meskipun dia sudah mati.
                              Sila panjangkan kisah ini kepada semua saudara
                              islam kita.



Sunday 9 September 2012

Impian Yang Diburu

Assalammualaikum..


Benarlah kata orang-orang tua rezeki kita ini masing-masing, aku rasa sangat tercabar melihat gambar-gambar sahabatku yang melanjutkan pelajaran di IPT dan status yang di post dalam "Fb" tentang hari pertama mereka di alam baru dan suasana kampus mereka. kini mereka semua telah jauh membawa diri ke dunia perantauan bagi menuutut ilmu dan mencapai cita-cita yang diimpikan, saat ini hanya aku yang tinggal di bumi sabah ini, rasa malu, hampa dan segala rasa ini mula terbit dari hati yang kecewa, aku nak sangat rasa keadaan itu....... Namun apakan adaya

Aku bagaikan menyimpan impian dan dendam untuk ke sana, tiap doaku aku mengharap aku sampai ke sana, tak kisahlah IPTA mana sekalipun jika Allah takdir aku ke sana InsaAllah aku sahut dan menggalas hadiah ini yang berbalutkan amanah untuk aku mencapaikannya. Kini aku di IPTS mengambil jurusan Diploma Teknologi Pengurusan dibawah UTM 3tahun, itulah kos yang aku ambil sekarang dan aku sedang menuntut di Kolej Yayasan Sabah.

Aku bersyukur sangat dengan nikmat Allah padaku saat ini, walaupun perih untuk dilalui namun semua itu atas kehendakNya, bila aku terlalu mengharap aku sedar akan teguran Allah ini, sebab itu aku bersyukur dan terima apa adanya tentang perjalanan hidupku.


كُتِبَ عَلَيْكُمُ الْقِتَالُ وَهُوَ كُرْهٌ لَّكُمْ وَعَسَىٰ أَن تَكْرَهُوا شَيْئًا وَهُوَ خَيْرٌ لَّكُمْ وَعَسَىٰ أَن تُحِبُّوا شَيْئًا وَهُوَ شَرٌّ لَّكُمْ وَاللَّهُ يَعْلَمُ وَأَنتُمْ لَا تَعْلَمُونَ

Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan), sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang Mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya. (surah al-baqarah 216)

Mungkin inilah coretan perjalanan hidup si musafir kasih ilahi, aku tak mengharap apa-apa lagi yang lebih, walaupun banyak pandangan Negetif orang sekeliling tentang aku, namun semua itu pencetus semangatku naik lalu berkobar-kobar, ayat di atas tegas mengatakan "boleh jadi kamu menyukai sesuatu itu padahal ia amat buruk bagimu, boleh jadi kamu membenci sesuatu itu pedahal ia amat baik bagimu, Allah mengetahui sungguh kamu tak ketahui" Hebatnya Allah, Yakin pada Diri!!!

"Ya Allah jika Itu yang Engkau takdir buatku, aku terima dengan Redha atas ketentuanMu padaku, aku mengharapkan kau cekalkan hatiku yang mupudah rapuh ini dengan kekuatan hati yang tabah seperti mana Engkau anugerahkan pada orang-orang yang soleh lagi sabar di jalanMu"



Saturday 8 September 2012

Terima Kasih SAHABAT

 Terasa dengan tindakan seorang sahabat yang menyalah tafsir kata-kata and cerita yang aku saja-saja buat untuk tenangkan hatiku dari memikirkan masalah yang datang, aku tak tahu mana silapku, hina sangatkah aku ini? jijik sangatkah batang tubuhku dan apa sahaja yang ada padaku? kenapa terlalu mudah kau menghukum? tergamak kau anggap aku seperti tu, status yang kau buat pagi tadi sungguh menyinggung aku, bukan aku ini lemah tak boleh di kata cepat terasa tapi aku tak boleh terima kau kata macam itu, aku sedar andai persahabatan ini kau terpaksa untuk berdepan dengan aku, hurmmm... terima kasih, semoga Allah yang membalasnya, tak layak aku berdendam, banyak lagi aku perlu uruskan dari makan hati atas semua ini, semoga menjawab persoalan. to "Hambah Allah"

Penantian 4 tahun


  

Menyimpan impian untuk empat tahun, mungkin itu satu peracangan yang terlalu awal di usia muda, namum itu adalah graf perancangan masa hadapan di mana ia perlu dirangka dengan betul dan dilaksana dengan baik disamping kebergantungan yang tinggi pada Allah. Mungkin ini satu cabaran yang sangat hebat untuk di lalui kerana  penantian ini akan banyak dugaan yang akan datang. Jika dikira-kira empat tahun itu ada 48 bulan dan dalam 48 bulan itu ada 1440 hari untuk sampai di pengakhir penantian.

  Aku kagum milihat insan itu yang mana dia menerima segala kekurangan diri pemuda yang melamarnya dan  pemuda tersebut mempunyai kisah silamnya sendiri. Namun semua itu lebur apabila wanita tersebut menerima segala kekurangan diri pemuda itu dengan keikhlasan hati. Tidak kurang dari itu, keluarga wanita itu juga tidak melihat pada luaran insan pilihan anak mereka itu. Keluarga wanita itu berasa kagum pada keberanian pemuda tersebut kerana mampu bawa keluarganya datang ke rumah wanita itu atas tanda hormat pada keluarga tersebut. 

 Jika Allah mentakdirkan sesuatu itu, siapa kita mampu menidakkannya? Allah maha mengetahui lagi maha Menyayangi hambah-hambahNya. Sungguh rasa  syukur ini tidak dapat dilafaskan dangan kata-kata, anugerah petanda pimpi yang dilihatkanNya itu adalah satu tanda kebesaranNya yang tidak ternilai hebatNya kekuasaanNya. Buat insan yang di nanti itu puisi ini untuknya walau kini telah jauh melewati  lautan cina selatan yang menjadi pemisah antara mereka, namun doa tetap di panjatkan. Walaupun penantian itu satu penyiksaan namun kesabaran menjadi penghadang utama, Semoga cerita perancangan Cinta mereka mendapat restu dari Allah buat hambahNya

Di sudut sepi,
Aku termenung sendiri,

Hati bertalu lontarkan pertanyaan,
Otak ligat mencari jawapan.

Hati ini telah dicuri,
Hati ini dipaut sepi,
Aku gusar dengan ketentuan ini,
Diberikan jawapan tiap kali bermimpi.

Ya Allah,
Berkali engkau pertemukan kami,
Berlalu berselisih bahu sudah selalu,
Engkau tetapkan kami di suatu tempat,
Namun peluang itu kami masih asing.

TakdirMu melebihi segalanya,
Kami bertemu jua akhirnya,
Mula berkenalan dan jatuh hati,
Ianya berlaku tanpa kami minta,
Ianya jauh tersimpan di sudut hati.

Aku merindui, aku menangisi,
Aku mengadu padaNya memohon kekuatan,
Mencintai dalam diam amatlah perit,
Rasanya seperti ditoreh dengan belati.

Dia menerimaku saat aku memiliki kekurangan,
Dengan izinMu segalanya dipermudahkan,
Aku tersenyum ketika keseorangan,
Sesungguh semua ini telah Engkau aturkan .

Aku bersyukur dengan rasa ini,
Aku bersyukur dipertemukan dengan dia,
Dia membuat aku mencariNya,
Dia membuat aku lebih cintakanNya.

Hatiku tenang saatku mengadu padaNya,
Sesungguhnya Dia sebaik-baik pendengar,
Andai dia jodohku,
Pertemukan kami semula bila tiba masanya                                                                                                                                                   
Amin.


Bandar Yang Kian Membangun

Suasana Bandar Kota Kinabalu


Malam ini sungguh sepi, suasana hujan menghiasi Bandar Kota Kinabalu, aku baru sahaja bersiar-siar di Bandar KK dengan kawan-kawanku. Aku bagaikan dilanda ombak yang kuat dengan harus perkembangan zaman yang kian moden dan adakalanya melewati fitrah sebagai manusia yang dibimbing dan di pandu dengan agama. Bagaikan satu fenomena keadaan tidak berbatas dalam kehidupan masayarat pada masa kini, lelaki mahupun perempuan terus selesa dengan kehidupan mereka tanpa memikirkan yang mereka juga adalah hambah Allah yang lemah dan tidak mampu menolak takdir Allah jika ditakdirkan sesuatu yang baik mahupun buruk. Kedaan ini sungguh membuat hatiku mengelegak dan memusnahkan harapanku yang ingin melihat bumi sabah, tanah kelahiranku ini subur dengan islam yang sebenarnya.

Aku hanya mampu berdoa pada Allah agar suasana ini belabuh dengan pantas.  Aku tidak mampu lagi melewati hari-hari yang dihiasi dengan suasana maksiat yang tidak terkawal. Aku mengharapkan akan ada satu suntikan pada masyarakat sabah dengan mengamalkan hidup cara bersyariat. Hanya dengan islam manusia mampu bersatu, hanya dengan islam dunia akan utuh dan hanya dengan islam manusia akan subur dengan hidup aman lagi damai. Dalam keadaan aku manusia biasa yang belajar dari dunia yang aku lihat, aku hanya mampu mentafsir sengala yang di lihat dan dilalui. Jika iman tidak kuat pasti hanyut seperti di bawa harus yang kuat di sungai yang deras

Namum semua itu mematangkan aku, membuat aku terus menilai di mana tahap kedudukanku selaku hambah Allah, aku juga pernah tersunggur dan hanyut dalam permainan dunia, pengalaman di zaman kegelapanku itulah yang buat aku sedar dan sentiasa berjaga-jaga dengan suasana sekelilingku. Dalam peroses aku ingin berubah juga tidak kurang perihnya, aku sentiasa dihidangkan dengan sidiran, umpatan dan adakalanya menjadi buah mulut orang sekeliling, namun bagiku itu hanyalah satu ujian yang Allah ingin nilai atas apa aku ingin berubah? Adakah kerana dunia atau akhirat yang mengejar redha Allah. Semua telah terjawab saat ini, orang yang banyak mengata aku itu akhirnya Allah tunjukkan siapa dia yang sebenar, segala aib Allah nampakkan padaku, aku mampu berdiam dan berdoa agar aku juga tidak seperti itu.

Kehidupan harianku aku lakukan dengan mencari sesuatu yang menjadi rahsia alam semula jadi, dakwah dalam jiwaku sudah sebati dengan adunan tarbiah-tarbiah dari Allah dan Pimpinan yang pernah mentarbiah aku dalam proses tamrin di setiap program yang aku sertai. Aku terus melangkah kehadapan dan adakalanya menoleh ke belakang, melihat sisa-sisa dan kesan kejahilanku dahulu telah menghantui  hidupku, oleh itu aku terus tumpukan pandanganku ke hadapan tanpa menoleh ke belakang lagi. Biarkanlah kenagan itu menjadi sejarah yang terlakar dalam hidupku. Bagiku aku terus memperbaiki diriku dan merawat hati-hati yang luka atas kesan peristiwa semalam, aku datang jauh dari tempatku dab berpisah dari keluarga hanya dengan misi membawa segulung Dipolama buat ayah dan bonda yang setia memberikan semangat dan kekuatan pada diriku selaku penyambung generasi mereka di dunia ini.

Thursday 6 September 2012

Buat Ayah dan Bonda



Aku belayar dengan kekuatan saat ini, mengejar cita-cita yang dihasratkan buat mengmbirakan ayah dan bonda, aku mengumpul kekuatan saat jauh dari pandangan mereka, aku tak mampu bagi tahu bahawa aku sensara dan merana. Aku malu pada diriku sebenarnya tak mampu lakukan yang terbaik buat dua insan yang sentiasa inginkan terbaik dariku, wajahn mereka tetap seperti sedia kala saat mendengar aku gagal dan Berjaya, baginya itu soal nombor dua, yang paling penting kami Berjaya menjadi anak yang berguna. Maaf diriku tak mampu lakukan yang lebih baik buat kamu berdua

Aku merasa bahawa hari-hari yang aku lalui di dunia perantauan amat perih tanpa mereka, bila aku nak tersunggur aku terus menghubungi mereka terutamanay pakar motivasi hidupku iaitu bonda yna tersayang. Bila terdengar suara sang ibu yang berkat doanya itu aku terus lupa pada maslahku yang aku tanggung, semuanya bagaikan seketika, ujian yang aku tempuh bagaikan telah berlalu dan selesai. Aku panjatkan doaku buat mereka yangku lihat gigih mencari rezeki bagi membesarkan anak-anaknya agar kesemuainya mampu manjadi seperti yang mereka harapkan iaitu anak yang berguna lagi soleh.

Bila aku balik ke rumah, aku rasakan saat itu adalah saat paling indah aku rasa kerana mampu menghabiskan masa bersama mereka. Ya Allah nikmat itu amat sukar untuk aku tafsirkan kerana jiwaku sangat riang bersama mereka, bagiku bagaikan satu kepuasan bila mereka balik kerja segala jamuan telah tersedia dan terhidang untuk di makan, aku tak inginkan pujian dari adik-adikku mahupun ayah dan ibuku, bagiku itu adalah salah satu cari aku membantu mereka bila mereka dalam keadaan kepenatan pulang berkerja seharian. Mamakku kata bila aku urut kakinya mudah saja lenguh itu hilang dan tak sakit lagi, aku pun hairan sebab aku tak pernah belajar ilmu-ilmu urut mengurut ini, rupanya kata kunci dari semua itu adalah keikhlasan yang aku lakukan buat mereka.

Mak? Bapak? Dulu aku anak yang berdosa sebab sering abaikan tanggungjawabku pada kamu, kini setelah ilmu agama kau berikan dan kau didik dengan membenarkan aku dan abangku untuk sentiasa mengikuti program-program agama kau Berjaya mendidik kami menjadi anak yang berguna, dirimu ayahku engkau tak ada asas agama begitu juga ibuku mereka tak abis lagi belajar kerana dihimpit kemiskinan ketika zaman sekolah dulu, kini aku berjanji pada kamu dengan ilmu serta jasa yang kamu curahkan aku dan abang akan berjanji menjaga kamu bila kamu tua nanti, kami tak akan menikah selagi kamu tak ke tanah suci mekah, itulah impian kami melihat dua insan ini merasai nikmatnya hidup dengan islam dan keredhaan Allah, aku sentiasa berharap agar segalanya Allah permudahkan dan menjadi satu kenyataan buat aku dan mereka.. aku tak engkau tahu aku menyangi kamu

Wednesday 5 September 2012

Mengumpat


Dosa Mengumpat



Mengumpat ialah menceritakan atau menyebut
keburukan atau kekurangan seseorang kepada orang
lain.

Rasulullah S.A. W. menjelaskan mengenai
mengumpat separti sabda nya bermaksud "Mengumpat
itu ialah apabila kamu menyebut perihal
saudaramu dengan sesuatu perkara yang
dibencinya" (Hadis Riwayat Muslim)

Mengumpat berlaku sama ada disedari atau tidak.
Perbuatan itu termasuk apabila menyebut atau
menceritakan keburukan Biarpun tanpa menyebut
nama pelakunya tetapi diketahui oleh orang yang
mendengarnya.

Memandangkan betapa buruk dan hinanya mengumpat,
ia Disamakan seperti memakan daging saudara
seagama. Manusia waras tidak sanggup memakan
daging manusia, inikan pula daging saudara
sendiri.

Dosa mengumpat bukan saja besar, malah antara
dosa yang tidak akan diampunkan oleh Allah
biarpun pelakunya benar-benar bertaubat.

Dosa mengumpat hanya layak diampunkan oleh orang
yang diumpatkan.
Selagi orang yang diumpatnya tidak mengampunkan,
maka dosa itu akan kekal dan menerima
pembalasannya diakhirat.

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:Awaslah
daripada mengumpat kerana mengumpat itu lebih
berdosa daripada zina. Sesungguhnya orang
melakukan zina, apabila dia bertaubat, Allah
akan menerima taubatnya.

"Dan sesungguhnya orang yang melakukan umpat
tidak akan diampunkan dosanya sebelum diampun
oleh orang yang diumpat" (Hadis riwayat Ibnu
Abib Dunya dan Ibnu Hibbad)


Disebabkan mengumpat terlalu biasa dilakukan,
maka ia Tidak dirasakan lagi sebagai satu
perbuatan dosa. Hakikat inilah perlu direnungkan
oleh semua.

Mengumpat dan mencari kesalahan orang lain akan
mendedahkan diri pelakunya diperlakukan perkara
yang sama oleh orang lain. Allah akan membalas
perbuatan itu dengan mendedahkan keburukan pada
dirinya.

Sabda Rasulullah S.A.W. "wahai orang beriman
dengan lidahnya tetapi belum beriman dengan
hatinya! Janganlah kamu mengumpat kaum muslim,
dan jangan lah kamu mengintip-intip keaibannya.
Sesungguhnya, sesiapa yang mengintip keaiban
saudaranya, maka Allah akan mengintip
keaibannya,
dan dia akan mendedahkannya, meskipun dia berada
dalam rumahnya sendiri" (Hadis riwayat Abu Daud)

Orang yang mengumpat akan mendapat kerugian
besar pada hari akhirat. Pada rekod amalan
mereka akan dicatatkan sebagai perbuatan
menghapuskan pahala.

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud :
"Perbuatan mengumpat itu samalah seperti api
memakan ranting kayu kering".

Pahala yang dikumpulkan sebelum itu akan musnah
atau dihapuskan seperti mudahnya api memakan
kayu kering sehingga tidak tinggal apa-apa lagi.

Diriwayatkan oleh Abu Ummah al-Bahili, diakhirat
seorang terkejut besar apabila melihat catatan
amalan kebaikan yang tidak pernah dilakukannya
didunia. Maka, dia berkata kepada Allah "Wahai
Tuhan ku, dari manakah datangnya kebaikan yang
banyak ini, sedangkan aku tidak pernah
melakukannya".

Maka Allah menjawab :"Semua itu kebaikan
(pahala) orang yang mengumpat engkau tanpa
engkau ketahui".

Sebaliknya, jika pahala orang yang mengumpat
tidak ada lagi untuk diberikan kepada orang yang
diumpat, maka dosa orang yang diumpat akan
dipindahkan kepada orang yang mengumpat. Inilah
dikatakan orang muflis diakhirat nanti.

Memandangkan betapa buruknya sifat mengumpat,
kita wajib berusaha mengelakkan diri daripada
melakukannya. Oleh itu perbanyakkan lah zikir
supaya dapat menghindarkan diri daripada
mengumpat.