Moga Ada Ruang Buatku

Saturday 15 February 2014

Gugur..



Bermula hidup mengenal keindahan bunga-bunga syurga,
Yang bertebaran mekar keharumannya,
Hati juga membenihkan kuntuman-kuntuman indah,
Yang semakin bertambah satu persatu menyusur jalur waktu.


Aku berdiri di suatu sudut terasing,
Memerhatikan kuntuman yang mekar itu terus mewangi,
Menjulang pesona teguh menentang arus akhir zaman,
Mempamerkan kesucian hidup bersandarkan agama.


Namun sekilas dugaan menghimpit ketenangan,
Mekar bunga susut layu menyembah bumi,
Digoda rayuan melodi penghasut durjana,
Tunduk pada arus haluan bernoda.


Terhapus harumnya sedikit demi sedikit,
Kelopaknya makin lemah dihembus angin-angin,
Kian hari kian pudar seri cahaya bunga syurga,
Dedaun tertaut dengan ketandusan sinar takwa.


Terik mentari menguji bunga-bunga mekar,
Layu bersama pendirian yang kian sirna,
Hilangnya air iman pengubat titik hitam hati,
Banyak yang gugur kekeringan…

Thursday 13 February 2014

Gula-Gula Ujian DariNya



Ku harungi
Liku-liku kehidupanku
Ku titip rahmat dan redha Allah
Semakin pula aku diuji dari segenap pelusuk

Lalu..
Ku bertahajjud kerana KasihMU
Masih aku diberi ujian yang menggentarkan imanku
Ku tetap mohon di sujud tahajjud ku
Agar aku mampu menempuh ujian ini, hadiah dan tanda Sang Pemberi ujian menyayangiku

Goyahkah hatiku bila diberi ujian sekecil ini
Syurga itu mahal harganya untuk dibandingkan dengan ujian sekecil ini
Layakkah aku jika kesabaran aku tidak setanding selayakknya untuk KasihNya
Allahu Rabbi.. tetapkan aku di jalan kebenaran ini

Di saat hati ku genting
Kau kirimkan angin kasihMu bahawa Kau sentiasa dekat denganku
Kau kirimkan sahabat-sahabat yang membawa aku mengingatiMu selalu
Kau kirimkan teguran yang tidak putus-putus

HambaMu ini yakin bahwa dia perlu bersabar
Sabar itu separuh daripada iman
Sabar itu juga ciri-ciri ahli syurga
Sabar yang pada mula itu pahit akan manis akhirnya
Seperti manisnya gula-gula

Iaitu gula-gula kesabaran atas keredhaanMu Ya Allah