Moga Ada Ruang Buatku

Wednesday 6 May 2015



Assalammualaikum..

Alhamdulillah pertamanya rasa syukur dipanjatkan kepada Allah SWT atas nikmat yang telah diberikan pada diri “si pengemudi” ini. Rasanya sudah bersarang laba-laba tempat ini, dekat setahun tak dicoret apa-apa. Pantasnya masa berlalu, banyak benda yang sudah berubah dan ada perkara yang kekal sama

Dalam tempoh ketiadaan diri ini menulis, sebenarnya tengah bertahan, beradu dengan ujian dan rintangan hidup. Tengah tenguhkan kaki berjalan di atas titi yang usang dan reput, belajar menguatkan iman yang kian rapuh di baham anai-anai maksiat duniawi. Lalu di manakah ruang yang ada untuk menulis setiap yang berlaku

Itulah dunia, dia mengajar dan kita berlajar, dia memberi lalu kita merasa. Jika ada yang kata dunia ini tidak adil, sebenarnya dia silap, dunia ini sebenarnya seimbang, di mana ada jahat di situ pasti ada kebaikan, di mana ada panas di situ ada sejuk, dan di mana ada kegelapan pasti selepasnya datang cahaya. Oleh itu, mungkin ramai lagi yang masih belum bertemu “Hikmah” hidup ini. Hikmah? Ya hikmah hidup, macam yang saya katakana tadi, selepas kejahatan pasti datang kebaikan, lalu kebaikan itulah hikmah untuk dipelajari

Pernah dengar hukum Qisas? Setiap perbuatan baik di balas dengan kebaikan, samalah juga dengan perbuatan kejahatan lalu seterusnya. Terbayang dengan kejahatan diri ini yang kadang terfikir pasti satu masa Allah akan balas atas kejahatan yang telah aku lakukan, namun terfikir juga, mungkin ia sudah di ampunkan. Rasa tak layak untuk mengatakan bahawa kejahatan yang pernah kita lakukan ini Allah akan ampukan, siapa kita untuk yakin walhal amalan seciput pasir di atas padang pasir
Sungguh perjalanan ini masih panjang dan jauh. Ya, setahun lebih ini macam-macam yang berlaku. Gagal dalam persatuan hingga merugikan persatuan dan diri sendiri. Rasa inilah tenguran terbesar Allah beri pada batang tubuh yang leka ini. Baru terfikir bahawa terlalu sekejap andai Dia mengambil nikmat dari diri kita. Dalam kekalutan atas semua, cuba untuk pujuk hati didik hati untuk bersabar dan memohon keampunan pada yang maha Esa..

Mungkin inilah saja dahulu mukhadimah penulisan “coretan si pengudi” kali ini, banyak lagi terbuku dan tersimpan tidak terluah. Tulisan ini bukanlah sekadar luahan biasa apatah lagi satu luahan murahan, tapi ia sekadar untuk di ambil sedikit pengajaran darinya. Moga dengan sedikit perkongsian pengalaman ini mampu memberikan si pembaca motivasi dalam melaui liku-liku hidup ini. Pastinya setiap kita ini punya buku takdirnya sendiri, setiap lembaran perjalanan hidup kita setia hari dan saat telah Allah SWT catat buat kita si pelakon di petas dunia ini, namun setiapnya itu bukanlah kekal sepertimana yang tertulis, ia mampu berubah dengan doa dan usaha. Jika kita ini pemalas bukanlah selamanya pemalas atas muka dunia ini, jika kita rajin berusaha lalu tiada yang mustahil untuk Allah tidak membrerikan sesuatu yang lebih baik darinya. Allahuakhbar, hebatnya Allah

insaAllah jika ada ruang lagi, kita bertemu dalam cerita seterusnya..