Lumrahnya sebagai manusia, akan merasa cepat bosan dengan
hanya mendengar sahaja. Apatah lagi, kata-kata yang didengari kurang diminati
daln terlalu panjang berjela. Justeru, beberapa tips di dalam berbicara ataupun
di dalam komunikasi seharian agar menjadikan komunikasi itu berkesan.
Mudah dan Ringkas
Salah satu petua yang amat penting dalam membentangkan idea
atau ucapan kita kepada audiens ialah kemahiran untuk menjadikan ucapan kita
ringkas dan mudah untuk difahami.
Penerangan yang terlalu panjang akan membuatkan otak audiens
kita bosan. Otak juga akan letih akibat daripada usaha otak mereka untuk cuba
memahami ucapan kita. Bukankah kita tidak mahu audiens bosan dengan ucapan kita
?
Selalunya ucapan yang ringkas lebih bermutu daripada ucapan
yang berderet-deret. Sebagai contoh, Ucapan Abraham Lincoln yang menaikkan
semangat tenteranya di dalam Peperangan
Gettysburg hanya mengambil masa 2 minit sahaja.
Saya percaya ucapan Rasullullah s.a.w juga tidak terlalu
panjang. Lihat sahaja hadis-hadis baginda yang padat dan ringkas untuk kita
fahami.
Berikut beberapa perkara yang kita boleh lakukan bagi
memudahkan ucapan atau pembentangan kita :
1. Fokus Topik Utama
Selalunya, orang yang baru menceburi bidang pengucapan awam
akan cuba membuatkan hadirin kagum dengan ucapan mereka. Namun dalam usaha
untuk kagumkan hadirin. Mereka terpesong jauh daripada fokus utama topik utama
mereka. Mudahkan ucapan dan ringkaskannya dengan fokus pada topik utama.
Sediakan 3 poin utama bagi setiap topik utama yang kita mahu
perkatakan. Sebagai contoh, Apabila saya membincangkan potensi otak kanan
dengan pelajar saya. Saya akan petik 3 poin utama fungsi otak kanan iaitu
imaginasi, emosi dan muzik.
Maksudnya, Topik utama saya "Fungsi Otak Kanan". 3
poin utama pula Imaginasi.... Emosi.... Muzik... Selepas habis huraikan 3 poin utama. Saya
akan ke Topik Utama lain pula. Dengan cara ini audiens lebih mudah memahami apa
yang kita mahu sampaikan dan otak mereka tidak rasa terlalu berat untuk
memproses maklumat-maklumat yang kita sampaikan.
2. Buang Isi Kosong
Mulakan ucapan dengan terus ke input yang mahu diperkatakan.
Perkara yang perlu diketahui oleh hadirin kita. Kata-kata aluan yang
berjela-jela tidak perlu.
Saya sentiasa memulakan program saya dengan puji-pujian
kepada ALLAH s.w.t, selawat ke atas Rasullullah s.a.w dan terus kepada skrip
yang mahu disampaikan.
Biasanya saya akan ucapkan terima kasih kepada pihak
penganjur di tengah-tengah program atau di akhir program. Cara ini lebih
efektif dan nampak natural daripada kata-kata aluan di awal program yang
terkadang nampak seperti hipokrit atau seperti sebuah sketsa.
3. Ulangi Perkara Penting
Sewaktu memberi ucapan, ulangi perkara penting sekiranya ia
perlu diulangi. Perkara penting yang sering di ulang akan melekat di ingatan
audiens kita.
Sebagai contoh, saya sering ulangi perkara penting di dalam
program Team Building saya seperti ini :
"Jangan jadikan masalah sebagai masalah tetapi jadikannya sebagai
satu cabaran."
Hasilnya pelajar akan ingat apa yang saya cuba
tekankan.Buktinya ialah dengan maklumbalas pelajar yang saya dapat di akhir
program:
"Kem ini sangat best. Dapat memberi kita semangat untuk
belajar dan menyesuaikan diri dengan orang ramai. Merapatkan ukhwah
silaturrahim antara pelajar dan penceramah (Abg Syed). Dapat tahu untuk duduk
di tempat selesa kita harus tempuhi banyak dugaan dan cabaran. Dan jangan
jadikan masalah sebagai masalah. Tapi lihat sebagai CABARAN." – Nur Fatin
Hidayah Bt. Hamzah, Semester 3 , Diploma in Banking & Finance.
"Satu program yang sangat memberansangkan dan dapat
membentuk satu nilai positif dalam diri saya. "Jangan jadikan masalah
sebagai masalah tapi jadikan sebagai satu cabaran." kata-kata yang saya
cukup kagum dan mempunyai sejuta nilai yang telah menjadikan saya untuk lebih
yakin dan berani. :– Alyaa Syahira Bt. Abd Rahaman, Diploma in Islamic Banking
& Finance, Semester 3.
Justeru, sebelum kita memulakan bicara, perlunya kepada
'seni'. Dengan adanya seni di dalam komunikasi, maka orang yang mendengar atau
menjadi audiens kita akan tertarik dan mudah memahami setiap butir bicara kita.
Komunikasi yang baik dan teratur akan memberikan kesan yang
positif antaranyamessange yang ingin disampaikan oleh penceramah akan dapat
difahami oleh pendengar seterusnya dapat mencapai objektif program yang
dirancang. InsyaAllah.
Semoga perkongsian ini bermanfaat buat anda semua.
No comments:
Post a Comment