Untuk mendapatkan nikmat tarbiyah bukan mudah. Begitu juga
untuk sentiasa istiqomah dalam tarbiyah. "Pelbagai persoalan minda perlu
dijawab. Tanyakan diri bersedia ke arah kebaikan atau katakan pada diri tunggu
dulu.
"Saya masih muda. Usia remaja perlu dipenuhi dengan
keseronokkan."
"Puaskan dulu dengan hiburan dan pergaulan. Bila dah
puas, saya berubahlah."
Itu antara ayat lazim yang menjadi hujah para remaja bila
diajak beramar makruf nahi mungkar. Mengatakan dirinya masih muda. Masih
terlalu awal untuk menjadi baik. Ada juga yang mengatakan nanti lepas berkahwin
saya akan berubah.
Tapi, persoalannya sampai bila memberi hujah sedemikian.
Adakah kita yakin lepas ini, esok dan lusa kita masih hidup? Adakah kita tahu
bila kita akan mati? Bukankah kematian itu paling hampir dengan diri kita dan
semua makhluk yang bernyawa di muka bumi ini?
Allah SWT berhak ke atas
diri kita. Maka, Dia berhak berbuat apa saja ke atas diri kita tanpa berunding
dan memberitahu kita. Ini termaksudlah hal kematian.
Kematian kita! Ya.. Kematian kita bila-bila saja menjemput.
Allah SWT akan menguji kita. Hidup dan mati kita itu adalah
ujian daripada Allah SWT. Sebagaimana firman Allah SWT dalam surah Al-Quran
yang bermaksud;
"Yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji
kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa lagi
Maha Pengampun,"
(Surah al-Mulk ayat 2)
Ujian tersebut hanyalah untuk menguji sejauh mana keimanan
kita kepada Allah SWT. Adakah kita ini benar-benar beriman atau seorang yang
pendusta.
Benarlah kata Allah SWT yang bermaksud;
"Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan
(saja) mengatakan: "Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji
lagi? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka
sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia
mengetahui orang-orang yang dusta."
(Surah al-Ankabut ayat 2-3)
Keimanan kita bukan sekadar kata-kata. Namun, perlukan
pembuktian melalui ujian-ujian Allah SWT. Di situ, kita akan dilihat sejauhmana
cara kita memaknai ujian-ujian yang diberikan oleh Allah SWT. Namun realitinya
sekarang, kita selalu mengatakan kita berhak ke atas diri kita. Namun, kita
tidak sedar bahawa kita hanya perancang kehidupan. Merancang apa saja yang kita
mahukan sedangkan yang merealisasikan semua rancangan kita adalah Allah SWT.
Kita lupa bahawa Allah SWT berhak ke atas diri kita. Sebab
itu, kita yakin berani mengatur kehidupan kita. kita semakin tidak memerlukan
Allah SWT. Kita tidak takutkan Allah SWT. Kita tidak menghiraukan siksa-Nya dan
kemurkaan-Nya.
Dengan itu, kita seolah-olah tidak memerlukan tarbiyah
islamiyah.
Meninggalkan Tarbiyah
Meninggalkan tarbiyah itu sangat mudah. Pelbagai alasan
mampu direka dan digunapakai oleh kita untuk menjadi hujah meninggalkan
tarbiyah diterima oleh yang mendengarnya. Kita bukan ustazlah/ustazahlah, bukan
pula kita orang yang layak menyampaikan islam. Ramai lagi ahli-ahli agama di
luar sana lagi layak. Diri saya tidak sucilah. Ahli maksiatlah. Susah nak
berikhlaslah. Aku tidak bersedialah dan macam-macam lagi alasan yang
direka-reka.
Kita merasakan tarbiyah islamiyah ini hanya sekadar membuang
masa. Membazirkan usia remaja. Usia remaja perlu dimanfaatkan untuk
keseronokan. Usia remaja hanya sekali. Maka itu, puaskan diri dengan hiburan
hanya semata-mata terasa ingin bebas.
Apabila persepsi ini telah hinggap dan sebati dengan jiwa
kita... maka, tidak hairanlah tarbiyah islamiyah kita selama ini akan terkorban
dengan hidangan dunia yang penuh dengan tipu daya. Akhirnya, tarbiyah islamiyah
tidak lagi mempunyai makna dalam kehidupan kita.
Pelik bukan!!
Untuk meninggalkan tarbiyah, ada saja alasan direka dan
dicipta. Kemudian digunapakai sebagai senjata atau hujah untuk meninggalkan
tarbiyah. Namun, kita tidak pula mampu mencipta usaha dan cara untuk
mendapatkan tarbiyah dan terus istiqomah dalam tarbiyah?
Kalau adapun sangat sedikit untuk berbuat sedemikian. Itulah
realiti masyarakat islam sekarang. Untuk mendapatkan kebaikan susah dibuatnya.
Namun, untuk mendapatkan kemungkaran sanggup berkorban apa saja untuknya.
Astaghfirullah!
Jangan sampai penyakit ini menyelinap masuk ke dalam titik
kelemahan kita.
Nauzubillah!
Oleh itu, Ayuh! muhasabah diri kita.
Tarbiyah Islamiyah
Tarbiyah islamiyah bertujuan untuk mengajak kita mengingati
Allah SWT. Memahami dan mengamalkan syariatnya. Bukan itu saja, dalam tarbiyah
juga kita akan digerakkan dan menyampaikan nilai-nilai islam kepada orang lain.
Mengajak orang lain menyertai halaqah/usrah untuk mendapatkan tarbiyah secara
berterusan. Bukankah mengajak orang lain itu kepada Allah SWT adalah
sebaik-baik perkataan.
Sebagaimana firman Allah SWT bermaksud;
"Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang
yang menyeru kepada Allah, mengerjakan amal yang saleh, dan berkata:
"Sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang menyerah diri?"
(Surah Fussilat ayat 33)
Perlu diingatkan!
Beramar makruf nahi mungkar perlu dilakukan secara sepenuh
masa (full time) bukannya separuh masa (part time). Dugaan dan cubaan itu
perkara biasa dalam meniti jalan dakwah. Maka itu, kita kena sentiasa bersedia
menempuh sebarang dugaan dan cubaan. Jika kita gagal, ini yang menyebabkan kita
memilih untuk mengikuti tarbiyah dan mengamalkan islam secara part time.
Seterusnya, cipta alasan meninggalkan tarbiyah.
Tidakkah kita merasa rugi!
Kita juga, terasa berat dan terbeban dengan gerak kerja
dakwah. Berputus asa dan mula beralasan. Akhirnya, kita mengatakan 'saya tidak
layak lagi berbuat untuk islam. Saya tidak layak lagi bersama kalian'. Ana
minta maaf akhi/anti.
Itulah pengakhirannya.
Kita tidak mahu itu!
Kita perlu sedari tarbiyah islamiyah perlu berterusan
sehinggalah kita menemui ajal. Bukannya program pengajian dan pekerjaan secara
part time. Tarbiyah islamiyah adalah modul, program pengajian dan pekerjaan
yang perlu dilakukan secara full time. Ini kerana, kematian itu dirahsiakan
oleh Allah SWT. Kita tidak tahu bila kita akan mati.
Justeru, kita perlu sentiasa bersedia dan mengamalkan dan
memperjuangkan islam setiap masa. Pendek kata mengambil islam secara full time
bukan part time. Supaya pengakhiran hidup kita nanti sedang khusyuk beribadah
kepada Allah SWT. InsyaAllah.
Islam Full Time
Adakah kita tahu penghuni syurga semuanya orang-orang
beriman yang mengamalkan syariat islam 100% ?
Setiap masa mereka memperjuangkan agama Allah SWT kerana mereka yakin
"Dengan kita membantu agama Allah SWT, Dia akan membantu kita juga"
Allah SWT berfirman yang bermaksud;
"Hai orang-orang mukmin, jika kamu menolong (agama)
Allah, niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu."
(Surah Muhammad ayat 7)
Yakinilah kita adalah umat terbaik untuk manusia dan
sekalian alam. Maka, jangan sia-siakan gelaran ini. Jadilah orang-orang yang
memperjuangkan agama Allah SWT. Menjadi genarasi rabbani iaitu generasi yang
mempelajari al-kitab dan mengajarkannya.
FirmanNya lagi
"Akan tetapi (dia berkata): "Hendaklah kamu
menjadi orang-orang rabbani, karena kamu selalu mengajarkan Al Kitab dan
disebabkan kamu tetap mempelajarinya.
(Surah ali-Imran ayat 79)
Dengan itu, Allah SWT memberikan dan menghadiahkan kita
syurga.
Ingin masuk syurga?
Pastinya syurga itu menjadi idaman. Maka, apa yang perlu
kalian lakukan? Meninggalkan tarbiyah atau sentiasa istiqamah berada di
dalamnya?
Ayuh, jangan berlengah lagi! Mari kita aturkan langkah
mengambil tarbiyah islamiyah sepenuhnya. Semoga kita tergolong bersama-sama
mereka yang
menyambung rantaian dakwah itu. InsyaAllah~
No comments:
Post a Comment