Ku harungi
Liku-liku kehidupanku
Ku titip rahmat dan redha Allah
Semakin pula aku diuji dari segenap pelusuk
Lalu..
Ku bertahajjud kerana KasihMU
Masih aku diberi ujian yang menggentarkan imanku
Ku tetap mohon di sujud tahajjud ku
Agar aku mampu menempuh ujian ini, hadiah dan tanda Sang
Pemberi ujian menyayangiku
Goyahkah hatiku bila diberi ujian sekecil ini
Syurga itu mahal harganya untuk dibandingkan dengan ujian
sekecil ini
Layakkah aku jika kesabaran aku tidak setanding selayakknya
untuk KasihNya
Allahu Rabbi.. tetapkan aku di jalan kebenaran ini
Di saat hati ku genting
Kau kirimkan angin kasihMu bahawa Kau sentiasa dekat denganku
Kau kirimkan sahabat-sahabat yang membawa aku mengingatiMu
selalu
Kau kirimkan teguran yang tidak putus-putus
HambaMu ini yakin bahwa dia perlu bersabar
Sabar itu separuh daripada iman
Sabar itu juga ciri-ciri ahli syurga
Sabar yang pada mula itu pahit akan manis akhirnya
Seperti manisnya gula-gula
Iaitu gula-gula kesabaran atas keredhaanMu Ya Allah
No comments:
Post a Comment