Setiap orang ada lapangannya yang tersendiri. Jika semua
orang di dunia ni sama sahaja, pasti kehidupan terasa hambar, tiada warnanya.
Bosan!
Maha AgungNya Allah SWT, diciptakan pelbagai variasi
kelebihan buat orang yang berbeza-beza. Saling melengkapi, cukup mencukupi,
menampung yang kurang dan menongkat yang pincang.
Ada orang yang pandai berkarya
Ada yang power berkata-kata
Ada yang macam atlas thaqafahnya
Ada yang tough muscle macam Hulk fizikalnya
Tapi..
Kalau semua orang berkarya, siapa yang nak baca karya yang
terhasil?
Kalau semua orang power berkata-kata, mesti telinga kita
sakit mendengar debat di setiap penjuru
yang ada.
Kalau semua orang macam atlas thiqahnya, apa perlunya
perpustakaan? Peluang untuk meraih pahala dengan menyebarkan ilmu pun
menghilang lantaran semua orang semakin pandai..
Kalau semua orang tough muscle macam Hulk, ramai pula yang
mula tunjuk belang
Kita diciptakan oleh Tuhan. Dia Maha Mengatur, Maha
Mentadbir. Setiap apa yang ada di bumi ini adalah di bawah pentadbiran Allah
SWT hatta kita juga adalah sebahagian ciptaan-Nya yang melengkapi alam ini.
Tidak salah merasa syukur dengan kelebihan yang Allah kurniakan. Yang salahnya
merasa kehebatan diri melebihi rasa hebatnya pada Allah SWT sedangkan kelebihan
itu DIA yang berikan.
Kamu rasa diri lemah, tak berguna?
Rasa lemah dan tidak pandai Matematik? Mungkin kamu pandai
sastera.
Tidak cukup power berkata-kata? Mungkin kamu tajam akalnya.
Tidak berani dan gemuruh berdepan ramai orang? Mungkin kamu
berbakat ICT.
Lemah ingatan dan tidak kuat hafalan? Mungkin kamu expert
memasak.
Marilah kita hargai diri diri sendiri, kita syukuri apa jua
yang Allah kurniakan pada kita. Syukur atas segala nikmat samada kecil mahupun
besar. Baik atau pun tidak. Senang atau sukar. Mungkin, ada nikmat pada diri
sendiri yang kita anggap kecil umpamanya seperti tiada nilai di sisi manusia,
namun hakikatnya sangat besar nilainya pada orang lain.
Pada pandangan mereka yang kekurangan, mereka berkata..
"Alangkah bestnya kalau aku ada apa yang dia ada"
"Alangkah bertuahnya dia dengan kereta mewahnya"
"Beruntungnya dia, dapat melancong setiap tahun ke luar
negara"
Kesimpulannya, usah tanamkan rasa lebih pada manusia. Apa
jua yang ada pada manusia lain adalah pinjaman semata. Hakikatnya segalanya
adalah milik Allah SWT. Jadilah manusia yang sentiasa bersifat perlukan qanaah
dan merasa syukur ketika merasa cukup dan lebih dari manusia lainnya.
Jadilah diri anda sendiri, kerana diri anda adalah yang
terbaik!
"Tapi, bagaimana?"
"Ucapkanlah Alhamdulillah..."
Bersyukurlah walau dengan yang sedikit. Pujilah Allah yang
Maha Kaya. Hakikatnya kita memang tiada apa-apa, kita bukan siapa-siapa.
Pandai, bodoh, glamer, isolated, mulia, hina... semuanya hanyalah 'wayang' di
dunia fana ini. Semua orang memainkan wataknya. Semua orang sama asalnya. Hanya
dipilih untuk beraksi sebaik mungkin. Anugerah pula diberikan buat mereka yang
ikhlas. Mereka yang tetap teguh pada Islam dalam apa-apa jua keadaan. Insan
rabbani berfirasat sufi.
Apa lah yang ada pada raut keangkuhan. Berjalan di mandala
sebagai makhluk, tidak layak menandingi Sang Khaliq. Kalau sombong, tak kan ada
siapa yang suka hatta Allah juga benci kepadanya. Berlagak sempurna pada
'barang' yang bukan miliknya.
Hidup ini adalah anugerah, hadiah oleh-Nya agar kita mengenal
erti buat diri. Agar kita menyempurnakan misi tertentu yang disusun oleh Allah
di aturan taqdir. Ketentuan setiap kita berbeza. Hadapilah ia sebagaimana yang
kamu mahukan, asal tidak menyimpang dari laluan menuju redha Tuhan. Hiduplah
dengan kehendakmu hatta 1 trilion tahun sekalipun, tanpa redha Allah..segalanya
tidak bernilai sesaat sekalipun. Padang Mahsyar tiada kenal harga susah kerana
perkara yang sia-sia. Hanya kala langkah berjalan di keredhaan Tuhan, barulah
ia dijunjung penuh penghormatan.
Mari kembali di hening malam, bergalaskan jiwa hamba, hargai
segala pemberian-Nya. Nyawa telah diberi percuma, dihiasi lagi dengan Iman dan
Islam. Apa lagi yang lebih mahal dari anugerah ini?
No comments:
Post a Comment