Moga Ada Ruang Buatku

Thursday 20 June 2013

Mengenalimu Memberikan Aku Satu Makna



 Dari sebuah pulau di teruskan ke sebuah daerah pekan kecil. Mengenali seorang hambah Allah pelanduk dua serupa itu mengejutkan aku dari sebuah kemewahan duniawi yang aku miliki. Perjalanan hidupnya yang penuh liku dan onak duri mengimbaukan aku tentang sebuah sejarah hidup keluargaku yang lalu. Pada mataku perjalanan cerita kami sama namun ceritanya berbeza. Bila dia menceritakan tentang keluarganya air mata kesedaran seorang hambah berhati insani mula menitis, fikiranku terus membayangkan keadaan itu, benarlah apa yang di sebut dalam Al-Quran

"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
(Surah Al-Baqarah ayat 286)

 Hebat jiwa-jiwa insan seperti itu, aku mula kagum dengan keperibadiannya. Aku mula belajar dari satu sudut yang aku lihat terselit seribu satu hikmah didalamnya. Hebat tarbiah Allah pada dirinya, selama ini aku menyangka bahawa keperihtan hidup yang aku lalui ini hanya aku sahaja merasainya, rupanya ada lagi ujian yang hebat Allah turunkan pada orang lain. Aku mula jadikan ayat-ayat Allah sebagai muhasabah pada diriku, terkenang satu ayat Al-Quran yang menyebut

"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yg beriman." 
(Surah Al-Imran ayat 139)

Allahuakhbar.. Maha suci Allah. Dia mula kehilangan kasih sayang seorang ibu saat usianya masih muda untuk menerima cabaran hidup yang sebenar. Saat ujian hidup sudah bertandang di usia itu siapa kita mahu menidakkan takdirNya. Allah sayang dia, Allah suka mendengar keluhan hatinya, saat titisan air matanya mengalir Allah mengangkat darjatnya, para malaikat kagum akan sifat sabar yang dia miliki.

 Saat orang lain merasai kemewahan dia hanya merasai kepayahan, di sebuah rumah yang memerlukan pembantu rumah untuk membersihkannya, dia mengisi kekosongan itu demi mencari secicip rezeki untuk membantu ayahnya membesarkan adik-adiknya yang lain selain untuk keperluannya. Kepayahan keluarganya mengajar dia erti hidup, kesusahan keluarganya membuat dia sentiasa bersederhana. Itulah hambah ALLAH yang aku kenal dalam hidupku. Jika dinilai baginya tiada apa-apa mampu aku banggakan namun kesungguhannya membuka mataku dan membuat aku terpegun dengan kegigihan yang dia miliki. Dari sebuah mimpi ngeri dia bangkit membela keluarganya, kesusahan itu tidak sama sekali menjauhkan dirinya dari ALLAH namun mendekatkannya pada yang memberikan ujian hidup ini.



 Kisahnya sama dengan kisah hidup mak dan ayahku satu masa dahulu. Mamaku hidup  dalam dunia keprihtan, dia seorang kakak terpaksa membesarkan  dua orang adik-adiknya di samping ibu tirinya menjadi episot cerita hidup mereka semakin mencabar. Ayahku pula lahir dalam sebuah keluarga yang besar namun hanya dia sahaja yang diharapkan oleh mak dan ayahnya bagi menyara adik-adik dan abang-abangnya, ayahku dari seorang pengilap kasut di lorong kaki jalan akhirnya saat ini duduk di sebuah bilik lengkap dengan meja dan penghawa dingin. Ayahku berusaha membuktikan bahawa dia mampu membela keluarganya yang hidup dalam sebuah rumah beratapkan daun nipah yang diayam rapi oleh nenekku.

 Allahurobbi menitis pula air mata saat tangan ini rancak membicarakan kehidupan keluargaku dan aku cuba menyelami dunia keluarganya. Ya ALLAH engkau sebaik baik perancang saat kami insan yang lemah ini mengatur perjalanan hidup kami, Maha suci engkau Ya ALLAH, Engkau membuka mataku saat aku sentiasa memandang manusia ini sama merasai kesenangan tanpa aku fikir ada insan lain di sana Engkau turunkan ujian hidup padanya kerana tanda kasih dan sayangmu pada mereka, moga Engkau tempatkan dia, keluarganya dan ibu tersayangnya di dalam rahmatMu Ya ALLAH…..




Bertali arus dugaan tiba
Menakung sebak airmata
Namun tak pernah pun setitis
Gugur berderai di pipi

Tidak ditempah hidup sengsara
Suratan nasib yang melanda
Menongkah badai bergelora
Diredah bersendirian

Bagaikan camar pulang senja
Patah sayapnya tetap terbang jua
Sekadar secicip rezeki
Buat yang sedang rindu menanti

Segenggam tabah dipertahankan
Buat bekalan di perjalanan
Kau bebat luka yang berdarah
Kau balut hati yang calar

Telah tertulis suratan nasibmu
Derita buatmu ada hikmahnya
Terlukis senyum di bibir lesu
Tak siapa tahu hatimu

Biarpun keruh air di hulu
Mungkinkah jernih di muara
Biarpun jenuh hidup dipalu
Pasti bertemu tenangnya


No comments:

Post a Comment