Suasana Bandar Kota Kinabalu |
Malam ini sungguh sepi, suasana hujan menghiasi Bandar Kota
Kinabalu, aku baru sahaja bersiar-siar di Bandar KK dengan kawan-kawanku. Aku
bagaikan dilanda ombak yang kuat dengan harus perkembangan zaman yang kian
moden dan adakalanya melewati fitrah sebagai manusia yang dibimbing dan di
pandu dengan agama. Bagaikan satu fenomena keadaan tidak berbatas dalam
kehidupan masayarat pada masa kini, lelaki mahupun perempuan terus selesa
dengan kehidupan mereka tanpa memikirkan yang mereka juga adalah hambah Allah
yang lemah dan tidak mampu menolak takdir Allah jika ditakdirkan sesuatu yang
baik mahupun buruk. Kedaan ini sungguh membuat hatiku mengelegak dan
memusnahkan harapanku yang ingin melihat bumi sabah, tanah kelahiranku ini subur
dengan islam yang sebenarnya.
Aku hanya mampu berdoa pada Allah agar suasana ini belabuh
dengan pantas. Aku tidak mampu lagi
melewati hari-hari yang dihiasi dengan suasana maksiat yang tidak terkawal. Aku
mengharapkan akan ada satu suntikan pada masyarakat sabah dengan mengamalkan
hidup cara bersyariat. Hanya dengan islam manusia mampu bersatu, hanya dengan islam
dunia akan utuh dan hanya dengan islam manusia akan subur dengan hidup aman
lagi damai. Dalam keadaan aku manusia biasa yang belajar dari dunia yang aku
lihat, aku hanya mampu mentafsir sengala yang di lihat dan dilalui. Jika iman
tidak kuat pasti hanyut seperti di bawa harus yang kuat di sungai yang deras
Namum semua itu mematangkan aku, membuat aku terus menilai
di mana tahap kedudukanku selaku hambah Allah, aku juga pernah tersunggur dan
hanyut dalam permainan dunia, pengalaman di zaman kegelapanku itulah yang buat
aku sedar dan sentiasa berjaga-jaga dengan suasana sekelilingku. Dalam peroses aku ingin berubah juga tidak kurang perihnya, aku sentiasa dihidangkan dengan sidiran, umpatan dan adakalanya menjadi buah mulut orang sekeliling,
namun bagiku itu hanyalah satu ujian yang Allah ingin nilai atas apa aku ingin berubah? Adakah kerana dunia atau akhirat yang mengejar redha Allah. Semua telah
terjawab saat ini, orang yang banyak mengata aku itu akhirnya Allah tunjukkan siapa dia yang sebenar, segala aib Allah nampakkan padaku, aku mampu berdiam
dan berdoa agar aku juga tidak seperti itu.
Kehidupan harianku aku lakukan dengan mencari sesuatu yang
menjadi rahsia alam semula jadi, dakwah dalam jiwaku sudah sebati dengan adunan
tarbiah-tarbiah dari Allah dan Pimpinan yang pernah mentarbiah aku dalam proses
tamrin di setiap program yang aku sertai. Aku terus melangkah kehadapan dan
adakalanya menoleh ke belakang, melihat sisa-sisa dan kesan kejahilanku dahulu telah menghantui hidupku, oleh itu
aku terus tumpukan pandanganku ke hadapan tanpa menoleh ke belakang lagi.
Biarkanlah kenagan itu menjadi sejarah yang terlakar dalam hidupku. Bagiku aku terus
memperbaiki diriku dan merawat hati-hati yang luka atas kesan peristiwa semalam, aku
datang jauh dari tempatku dab berpisah dari keluarga hanya dengan misi membawa segulung Dipolama buat ayah
dan bonda yang setia memberikan semangat dan kekuatan pada diriku selaku penyambung
generasi mereka di dunia ini.
No comments:
Post a Comment