Aku belayar dengan kekuatan saat ini, mengejar cita-cita
yang dihasratkan buat mengmbirakan ayah dan bonda, aku mengumpul kekuatan saat
jauh dari pandangan mereka, aku tak mampu bagi tahu bahawa aku sensara dan
merana. Aku malu pada diriku sebenarnya tak mampu lakukan yang terbaik buat dua
insan yang sentiasa inginkan terbaik dariku, wajahn mereka tetap seperti sedia
kala saat mendengar aku gagal dan Berjaya, baginya itu soal nombor dua, yang
paling penting kami Berjaya menjadi anak yang berguna. Maaf diriku tak mampu
lakukan yang lebih baik buat kamu berdua
Aku merasa bahawa hari-hari yang aku lalui di dunia
perantauan amat perih tanpa mereka, bila aku nak tersunggur aku terus
menghubungi mereka terutamanay pakar motivasi hidupku iaitu bonda yna tersayang.
Bila terdengar suara sang ibu yang berkat doanya itu aku terus lupa pada
maslahku yang aku tanggung, semuanya bagaikan seketika, ujian yang aku tempuh
bagaikan telah berlalu dan selesai. Aku panjatkan doaku buat mereka yangku
lihat gigih mencari rezeki bagi membesarkan anak-anaknya agar kesemuainya mampu
manjadi seperti yang mereka harapkan iaitu anak yang berguna lagi soleh.
Bila aku balik ke rumah, aku rasakan saat itu adalah saat
paling indah aku rasa kerana mampu menghabiskan masa bersama mereka. Ya Allah
nikmat itu amat sukar untuk aku tafsirkan kerana jiwaku sangat riang bersama
mereka, bagiku bagaikan satu kepuasan bila mereka balik kerja segala jamuan
telah tersedia dan terhidang untuk di makan, aku tak inginkan pujian dari
adik-adikku mahupun ayah dan ibuku, bagiku itu adalah salah satu cari aku
membantu mereka bila mereka dalam keadaan kepenatan pulang berkerja seharian.
Mamakku kata bila aku urut kakinya mudah saja lenguh itu hilang dan tak sakit
lagi, aku pun hairan sebab aku tak pernah belajar ilmu-ilmu urut mengurut ini,
rupanya kata kunci dari semua itu adalah keikhlasan yang aku lakukan buat
mereka.
Mak? Bapak? Dulu aku anak yang berdosa sebab sering abaikan
tanggungjawabku pada kamu, kini setelah ilmu agama kau berikan dan kau didik
dengan membenarkan aku dan abangku untuk sentiasa mengikuti program-program
agama kau Berjaya mendidik kami menjadi anak yang berguna, dirimu ayahku engkau
tak ada asas agama begitu juga ibuku mereka tak abis lagi belajar kerana
dihimpit kemiskinan ketika zaman sekolah dulu, kini aku berjanji pada kamu
dengan ilmu serta jasa yang kamu curahkan aku dan abang akan berjanji menjaga
kamu bila kamu tua nanti, kami tak akan menikah selagi kamu tak ke tanah suci
mekah, itulah impian kami melihat dua insan ini merasai nikmatnya hidup dengan
islam dan keredhaan Allah, aku sentiasa berharap agar segalanya Allah
permudahkan dan menjadi satu kenyataan buat aku dan mereka.. aku tak engkau
tahu aku menyangi kamu
No comments:
Post a Comment