Bersama keluarga bahagia
Assalammualaikum…
Tinggal berjauhan
dari keluarga adalah satu episod kehidupan yang paling menyedihkan dan saat itu
kesedihan yang dirasai amat sukar ditafsirkan oleh orang lain, kini aku hampir setahun
tinggal di bumi perantauan, walaupun ia masih di bumi sabah namun alangkah
indahnya hidupku andai mak dan ayahku ada di sampingku selalu. Apakan daya aku cuma
insan yang datang berhijrah di kota sabah bagi mencapai hasrat dan impian
mereka. Benarlah pepatah mengatakan pengalaman mematangkan fikiran, bila di
sini aku teringat semua kisah silamku yang mana saat itu adalah satu sejarah
yang bodoh aku lalui, kini aku telah memperolehi kekuatan sendiri dengan usaha
serta semangat dari sahabat-sahabat yang membawa aku untuk terus bangkit dan
ingin berjaya seperti orang lain.
Bila pertama kali aku menjejak kaki ke sini, aku rasakan
dunia baharuku ini terlalu asing serta sukar untuk aku membawa jiwaku ke suasana
yang baru ini, mungkin aku masih merasakan indahnya hidup di tempat sendiri,
orang yang pertama menjemput aku di terminal Inanam sabah adalah bapa saudaraku
belah ayah, dia tinggal jauh dari Bandar KK, saat hujan gerimis dan suasana
pagi yang sejuk hingga aku melupakan tentang diriku yang mana aku terpengun
dengan suasana yang baru aku nikmati itu, aku pun di bawah Kem PGA beringgis
papar, di sana akhirnya aku berjumpa dengan mak cikku yang hampir 10 tahun tak
pernah jumpa dari aku kecil hingga umurku 19tahun ketika ini, baru aku rasakan
nikmat pertemuan yang Allah aturkan. Tiga hari aku di rumahnya sebelum aku
mendaftar di Kolej Yayasan Sabah dengan kos yang di ambil Diploma Teknologi
Pengurusan 3tahun di bawah kerjasama UTM. Bermulah detik kehidupan aku di
kampus ketika itu, selesai mendaftar aku di hantar ke rumah keluarga angkat
bapaku, aku tinggal menumpang dengan mereka sepanjang aku menghabiskan pengajianku
di sini, mereka tinggal di Kinarut papar, agak jauh jugalah dari rumah mak
cikku di beringgis. Kesedihan mula terbit dari hatiku yang merindukan suasana
riang dan bising adik-adikku yang jauh di bumi tawau. Suasana baharu ini amat
sukar aku terima pada mulanya walau layanan tuan rumah amat baik pada pertama
kalinya, stelah tinggal teralalu lama di rumah ini aku mula merasakan kehadiranku
tak disenangi isteri pak cik keluarga anggat ayahku ini, suaminya
amat baik bagiku, dialah tempat aku mengadu masalah dan tempat memberikan aku
peringatan serta memimbing diriku dengan membuka fikiranku melihat dunia hidup
masa kini.
Liku-liku kehidupanku pada Sem 1 telah aku ambil sedikt
darinya buat pengalaman hidup untuk aku jadikan panduan sepanjang berada di alam kampus
yang bersisa 2 tahun ½ lagi untuk aku abiskan, dalam jangka masa ini aku cuba
menanam fikrah agama pada pelajar-pelajar Kolej Yayasan Sabah dengan dibekalkan ilmu yang ada padaku hasil tarbiah-tarbiah pimpinan di
tawau satu ketika dulu, tak semua orang mampu menerima apa yang aku bawa namun
dengan itu aku tak juga aku membiarkan amanah ini aku lepasakan begitu sahaja
tanpa berusha gigih ke arah itu. Aku tak bangga bila aku dikatakan pemula bagi usrah kampus kami itu pun hasil usaha dan kersama aku dan sahabatku saida
anak kepada pesuruhan jaya Pas sabah yang banyak membantu aku sebelum dia
meninggalkan kolej untuk sambung priktikalnya, aku terfikir juga kenapa lambat
sungguh aku kenal beliau namaun itu bukan asbab aku tak laksanakan
tanggunjawabku, kini aku cuba bangkit atas usahaku sendiri, membawa dan
membimbing sahabat-sahabtku menuju redha Allah SWT..
Bersama keluarga ABIM
Aku juga pernah ditarbiah dalam ABIM katika aku cuba
mengumpul pengalaman dan ilmu buat bekalan, berada dalan jemaah ini banyak
memberikan aku pengalaman yang amat berharga buatku dan aku mula di terima
sebagai keluarga di dalamnya, kata mereka “kita satu keluarga”. Itulah ungkapan
yang buat sepiku yang tercari-cari untuk merasakan usrah di tempat baru belum
aku perolehi telah tercapai bila bersama mereka, di sanalah mulanya pencernaan ilmu aku perolehi, aku bersyukur
pada Allah kerana setalah 2bulan lebih aku di kolej aku belum pernah di
usrahkan lagi. Bila bersama Abim aku rasa sangat gembira kerana hari-hariku
terisi dengan masa-masa yang berfaedah, aku gembira dengan aturan Allah dalam
segenap kehidupan ini, semua yang berlaku dan aku lalui dengan redha, bersama Abim
satu saat yang amat mengembirakan dan teristimewa walaupun kadang-kadang aku
terasa dengan beberapa sikap seseorang di dalamnya namun itu bukanlah
penghalang aku tidak mendokong daulah islamiah yang di bawah
No comments:
Post a Comment