Dosa Mengumpat
Mengumpat
ialah menceritakan atau menyebut
keburukan
atau kekurangan seseorang kepada orang
lain.
Rasulullah
S.A.
W. menjelaskan mengenai
mengumpat
separti sabda nya bermaksud "Mengumpat
itu
ialah apabila kamu menyebut perihal
saudaramu
dengan sesuatu perkara yang
dibencinya"
(Hadis Riwayat Muslim)
Mengumpat
berlaku sama ada disedari atau tidak.
Perbuatan
itu termasuk apabila menyebut atau
menceritakan
keburukan Biarpun tanpa menyebut
nama
pelakunya tetapi diketahui oleh orang yang
mendengarnya.
Memandangkan
betapa buruk dan hinanya mengumpat,
ia
Disamakan seperti memakan daging saudara
seagama.
Manusia waras tidak sanggup memakan
daging
manusia, inikan pula daging saudara
sendiri.
Dosa
mengumpat bukan saja besar, malah antara
dosa
yang tidak akan diampunkan oleh Allah
biarpun
pelakunya benar-benar bertaubat.
Dosa
mengumpat hanya layak diampunkan oleh orang
yang
diumpatkan.
Selagi
orang yang diumpatnya tidak mengampunkan,
maka
dosa itu akan kekal dan menerima
pembalasannya
diakhirat.
Sabda
Rasulullah S.A.W. bermaksud:Awaslah
daripada
mengumpat kerana mengumpat itu lebih
berdosa
daripada zina. Sesungguhnya orang
melakukan
zina, apabila dia bertaubat, Allah
akan
menerima taubatnya.
"Dan
sesungguhnya orang yang melakukan umpat
tidak
akan diampunkan dosanya sebelum diampun
oleh
orang yang diumpat" (Hadis riwayat Ibnu
Abib
Dunya dan Ibnu Hibbad)
Disebabkan
mengumpat terlalu biasa dilakukan,
maka
ia Tidak dirasakan lagi sebagai satu
perbuatan
dosa. Hakikat inilah perlu direnungkan
oleh
semua.
Mengumpat
dan mencari kesalahan orang lain akan
mendedahkan
diri pelakunya diperlakukan perkara
yang
sama oleh orang lain. Allah akan membalas
perbuatan
itu dengan mendedahkan keburukan pada
dirinya.
Sabda
Rasulullah S.A.W. "wahai orang beriman
dengan
lidahnya tetapi belum beriman dengan
hatinya!
Janganlah kamu mengumpat kaum muslim,
dan
jangan lah kamu mengintip-intip keaibannya.
Sesungguhnya,
sesiapa yang mengintip keaiban
saudaranya,
maka Allah akan mengintip
keaibannya,
dan
dia akan mendedahkannya, meskipun dia berada
dalam
rumahnya sendiri" (Hadis riwayat Abu Daud)
Orang
yang mengumpat akan mendapat kerugian
besar
pada hari akhirat. Pada rekod amalan
mereka
akan dicatatkan sebagai perbuatan
menghapuskan
pahala.
Sabda
Rasulullah S.A.W. bermaksud :
"Perbuatan
mengumpat itu samalah seperti api
memakan
ranting kayu kering".
Pahala
yang dikumpulkan sebelum itu akan musnah
atau
dihapuskan seperti mudahnya api memakan
kayu
kering sehingga tidak tinggal apa-apa lagi.
Diriwayatkan
oleh Abu Ummah al-Bahili, diakhirat
seorang
terkejut besar apabila melihat catatan
amalan
kebaikan yang tidak pernah dilakukannya
didunia.
Maka, dia berkata kepada Allah "Wahai
Tuhan
ku, dari manakah datangnya kebaikan yang
banyak
ini, sedangkan aku tidak pernah
melakukannya".
Maka
Allah menjawab :"Semua itu kebaikan
(pahala)
orang yang mengumpat engkau tanpa
engkau
ketahui".
Sebaliknya,
jika pahala orang yang mengumpat
tidak
ada lagi untuk diberikan kepada orang yang
diumpat,
maka dosa orang yang diumpat akan
dipindahkan
kepada orang yang mengumpat. Inilah
dikatakan
orang muflis diakhirat nanti.
Memandangkan
betapa buruknya sifat mengumpat,
kita
wajib berusaha mengelakkan diri daripada
melakukannya.
Oleh itu perbanyakkan lah zikir
supaya
dapat menghindarkan diri daripada
mengumpat.
No comments:
Post a Comment