Menyimpan impian untuk empat tahun, mungkin itu satu
peracangan yang terlalu awal di usia muda, namum itu adalah graf perancangan masa
hadapan di mana ia perlu dirangka dengan betul dan dilaksana dengan baik disamping
kebergantungan yang tinggi pada Allah. Mungkin ini satu cabaran yang sangat
hebat untuk di lalui kerana penantian
ini akan banyak dugaan yang akan datang. Jika dikira-kira empat tahun itu ada
48 bulan dan dalam 48 bulan itu ada 1440 hari untuk sampai di pengakhir
penantian.
Aku kagum milihat insan
itu yang mana dia menerima segala kekurangan diri pemuda yang melamarnya dan pemuda tersebut mempunyai kisah silamnya sendiri. Namun semua itu lebur apabila wanita tersebut menerima segala kekurangan diri pemuda itu dengan keikhlasan hati. Tidak kurang dari itu, keluarga
wanita itu juga tidak melihat pada luaran insan pilihan anak mereka itu. Keluarga wanita itu berasa kagum pada keberanian pemuda tersebut kerana
mampu bawa keluarganya datang ke rumah wanita itu atas tanda hormat pada keluarga tersebut.
Jika Allah mentakdirkan sesuatu itu, siapa kita mampu menidakkannya? Allah maha mengetahui lagi maha Menyayangi hambah-hambahNya. Sungguh
rasa syukur ini tidak dapat dilafaskan dangan kata-kata, anugerah petanda pimpi yang dilihatkanNya itu adalah satu tanda
kebesaranNya yang tidak ternilai hebatNya kekuasaanNya. Buat insan yang di nanti itu puisi ini untuknya walau kini telah jauh melewati lautan cina selatan yang menjadi pemisah
antara mereka, namun doa tetap di panjatkan. Walaupun penantian itu satu penyiksaan namun kesabaran menjadi penghadang utama, Semoga cerita perancangan Cinta mereka mendapat restu dari Allah buat hambahNya
Di sudut sepi,
Aku termenung sendiri,
Hati bertalu lontarkan pertanyaan,
Otak ligat mencari jawapan.
Otak ligat mencari jawapan.
Hati ini telah dicuri,
Hati ini dipaut sepi,
Aku gusar dengan ketentuan ini,
Diberikan jawapan tiap kali bermimpi.
Hati ini dipaut sepi,
Aku gusar dengan ketentuan ini,
Diberikan jawapan tiap kali bermimpi.
Ya Allah,
Berkali engkau pertemukan kami,
Berlalu berselisih bahu sudah selalu,
Engkau tetapkan kami di suatu tempat,
Namun peluang itu kami masih asing.
Berkali engkau pertemukan kami,
Berlalu berselisih bahu sudah selalu,
Engkau tetapkan kami di suatu tempat,
Namun peluang itu kami masih asing.
TakdirMu melebihi segalanya,
Kami bertemu jua akhirnya,
Mula berkenalan dan jatuh hati,
Ianya berlaku tanpa kami minta,
Ianya jauh tersimpan di sudut hati.
Kami bertemu jua akhirnya,
Mula berkenalan dan jatuh hati,
Ianya berlaku tanpa kami minta,
Ianya jauh tersimpan di sudut hati.
Aku merindui, aku menangisi,
Aku mengadu padaNya memohon kekuatan,
Mencintai dalam diam amatlah perit,
Rasanya seperti ditoreh dengan belati.
Aku mengadu padaNya memohon kekuatan,
Mencintai dalam diam amatlah perit,
Rasanya seperti ditoreh dengan belati.
Dia menerimaku saat aku memiliki kekurangan,
Dengan izinMu segalanya dipermudahkan,
Aku tersenyum ketika keseorangan,
Sesungguh semua ini telah Engkau aturkan .
Dengan izinMu segalanya dipermudahkan,
Aku tersenyum ketika keseorangan,
Sesungguh semua ini telah Engkau aturkan .
Aku bersyukur dengan rasa ini,
Aku bersyukur dipertemukan dengan dia,
Dia membuat aku mencariNya,
Dia membuat aku lebih cintakanNya.
Aku bersyukur dipertemukan dengan dia,
Dia membuat aku mencariNya,
Dia membuat aku lebih cintakanNya.
Hatiku tenang saatku mengadu padaNya,
Sesungguhnya Dia sebaik-baik pendengar,
Andai dia jodohku,
Pertemukan kami semula bila tiba masanya
Sesungguhnya Dia sebaik-baik pendengar,
Andai dia jodohku,
Pertemukan kami semula bila tiba masanya
Amin.
No comments:
Post a Comment