Bermula dari satu pelawaan dari seorang kakak untuk membantu
program di Wallace bay, asalnya tak mahu pergi sebab ada program mahu ditumpukan. Tapi malangnya saat program
pertama cuti sekolah kami laksanakan banyak ujian yang datang mentarbiah hati
kami, hujan fitnah datang bertandang bagai tiada henti, tak abis satu satu
lagi. Kami mengambil keputusan untuk ke sana bagi menenangkan keadaan ketika
itu.
Tak abis dengan itu bila sampai di “Batu” atau lebih dikenali
sebagai jeti oleh penduduk sekitar tawau, kami menyewa satu bot, dengan harga
RM200 untuk ke sana. Tak sangka kami ditipu dan malangnya kami tidak dihantar ke
tempat sepatutnya kami sampai, kami tersadai di kg. Sungai Tongkang. ALLAH…
Dalam bot pun sekali lagi kami teruji, abang yang bawa bot tu kurang senang
dengan kami sebab kami legahkan masanya. Ketika kami betolak bot tu dipandu dengan teramat laju. Itulah
pengalaman tak mampu dipadam dari memori setiap dari kami..
Pengembaraan bermula bila sampai di kg. sungai tongkang.
Kami sampai sekitar jam 6.00 petang, bila sampai di sana seorang sahabat
tertinggal beg pakaiannya di jeti tadi, keadaan huru hara seketika dan hanya
perkataan “Tarbiah syekh” mengisi ruang telinga kami saat itu.
Suasana alam ketika itu mula gelap, matahari mula menaggalkan
jingganya, kami hilang arah tujuh seketika, mujurla ada sebuah rumah yang sudi
tumpangkan kami solat..
Selepas itu kami mula bergerak ke kg. wallace bay. Aku
pernah menjejakkan kaki di sini satu ketika dahulu, katika itu aku berumur 13
tahun. Aku tak terfikirpun aku akan bertandang kembali ke sini, hebatNya
pecaturan ALLAH padaku.. melihat suasana kg ketika itu yang sudah jauh berbeza
dari beberapa tahun lalu, namun aku masih sedih melihat Suasana kg yang masih daif dan sedikit saja pembangunan yang ada.
Satu perkara yang menyatukan kami semua dan mengeratkan
ukhuwah kami antara satu sama lain adalah cabaran menuju ke pulau itu. Aku,
zaki, adik pie, azri, syazani, dan baim. Kami semakin rapat dan erat selama 4
hari di pulau tarbiah itu. Aku, syazani dan baim tak sampai seminggu kenal, aku
baru saja kenal mereka berdua itu pun mereka datang ke tawau atas pelawaan sahabat
kampus mereka azri dan nazib. Fuhh! Rasa manis teramat sangat hubungan kami.
Demi namaMu Ya ALLAH aku sayang mereka semua
Hari-hari kami, kami lalui dengan rasa hebatNya aturan
ALLAH. Masih segar di telingaku tawa riang mereka, hehehe ya aku masih mampu
ketawa dan serseyum dengan gelangat riang sahabatku itu. Tidak kurang dari itu,
kami juga diberikan adik-adik yang baik hati, nakal dan macam-macam ragam
mereka mewarnai hari-hari kami dipulau itu. Tak kurang dari itu, Allah takdirkan
kami kenal seorang imam di kg itu, imam husaini, beliau seorang yang baik dan
peramah. Sering saja menceria hari-hari kami. Itulah indahnya pecaturan ALLAH aturkan buat kami semua.
Kisah pertemuan kami
di sini
Penguat cinta dan
kasih kami
Saat ujian menghempap
diri
Engkau turunkan
perjalanan ini sebagai penyeri
Aku mula jatuh cinta
pada pulau itu
Di sana aku mengaut
sebuah pengalaman berharga
Di sana aku mengenali
mereka yang aku sayangi
Dan di sana aku
menginsafi kekurangan diri
Juga di pulau itu aku
belajar makna sedia mentarbiah dan ditarbiah
No comments:
Post a Comment