Beratnya untuk melepaskan dia pergi. Selama ini, tangan ini
yang membelainya. Selama ini, hati ini yang selalu bimbangkannya.
Sejak suara tangisnya yang pertama, sejak ku laungkan azan
di telinganya, aku begitu mengasihinya. Ya, dia adalah permata hatiku. Namun,
dia bukan selamanya milikku….
Rumah ini, cuma persinggahan dalam perjalanannya menuju
kedewasaan. Dan kini sudah hampir masanya kau pamit. Walaupun di hatiku
tercalar sedikit rasa pahit, tapi siapalah aku yang boleh menahan perjalanan waktu?
Siapakah aku untuk menahan realiti kedewasaan? Maafkan aku wahai anak….
Bukan aku tidak tega, tetapi kerana terlalu cinta!
Hatiku tertanya-tanya, apakah ada insan lain yang boleh
menjaganya sepenuh hati. Sejak bertatih, aku melihat jatuh bangunnya tanpa rasa
letih. Siapakah yang membalut luka hatinya dalam kembara itu nanti?
Aku jauh……bila segalanya bertukar tangan, amanah akan
diserahkan. Aku tahu saat itu aku mesti mula melepaskan. Itu satu hakikat.
Cinta bukan bereti mengikat… tetapi melepaskan, membebaskan.
Kau umpama anak burung yang telah bersayap, telah mampu
terbang membelah awan, meninggalkan sarang. Apakah aku terlalu dungu untuk
terus membelenggu?
Putera dan Puteriku… kau terpaksa ku lepaskan…. Apakah si dia mampu
menyayanginya seperti aku? Ah, mengapa rasa curiga ini datang bertandang.
Bukankah segalanya telah di putuskan sejak dia membisikkan bahawa hatinya telah
diserahkan kepada ‘si dia’- lelaki dan perempuan pilihannya? Bukankah segala perbincangan
musim lalu telah terungkai dan keputusannya telah dimeterai?
Namun… hati ayah…. Hati seorang bapa… pasti ada gundah. Sudah
pasrah, tapi diguris goyah. Bolak-balik hati ini wahai anak…terlalu laju untuk
dipaku.
Tepatkah plihanmu? Tepatkah keputusanku? Namun siapakah kita
yang boleh membaca masa depan? Layakkah kita mengukur kesudahan di batas
permulaan?
Sangka baik jadi penawar. Kau anak yang baik, insyaAllah
pilihanmu juga baik. Tuhan tidak akan mengecewakanmu. Jodohmu telah ditentukan.
Dan ketentuan Allah itu pasti ada kebaikan!
Kekadang, aku diserbu seribu pertanyaan. Apakah aku masih di
hatinya setelah dia bersuami dan beristeri nanti? Atau aku hanya akan menjadi tugu kenangan
yang dijengah sekali-sekala?
Bukan, bukan aku membangkit, jauh sekali mengungkit…upayaku
mendidikmu bukan suatu jasa. Itu hanya satu amanah.
Namun, ketika usia menjangkau senja, aku pasti semakin
sepi……aku akan mengulang-ulang kisah lama yang penuh nostalgia. Diulit oleh
kenangan indah musim lalu, ketika dia begitu manja di sisi. Aku ingin mendengar
lagi suaranya yang dulu-dulu. Mengadu tentang ini dan itu. Bercerita dan
berkisah, dengan lidahmu yang petah dan lagak yang penuh keletah.
Pergilah. Aku rela. Allah bersamamu.
Doaku mengiringi setiap langkah di alam rumah tanggamu
nanti. Moga si dia akan menjaganya seperti aku menjaga ibunya, umminya.
Aku akan bersangka baik. Justeru Allah itu menurut sangkaan
hamba-hamba-Nya. Aku bersangka baik, insyaAllah, dia dan aku akan mendapat yang
terbaik..
Aku cuba meletakkan
diriku disituasi ayahdaku tercinta, seorang ayah yang tak pernah melarang aku dan adik-adiku bergiat aktif dalam dakwah kami, dia berjaya membesarkan 7 orang anaknya, 4 dari kami sering saja terlibat dengan program-program dakwah di luar sana, hebatnya dirimu ayahku kau tak pernah bosan mendengar cerita-cerita kami di
medan itu. Walaupun agamanya tak setanding orang lain, namun dia tak pernah
lupa siapa dirinya. Acap kali sebelum tidur bibirnya berzikir memuji ALLAH..
Pak? Diri ini menyayangimu, selamanya, terima kasih mendidik kami, dan terima
kasih menjaga mamak dengan baik.. Coretan ini buatmu ayahdaku
wow ... .. nice blog .. em , hebat .. :) syukurlah dapat seorang ayah yang membimbing .. :)
ReplyDeleteSyukran..
DeleteMeleleh air maTa..dgn lagu nya lGi,,
ReplyDeletetahniah, jdi la ank yg baik..be the best.. :)
ReplyDelete