Dari sebuah pulau di teruskan ke sebuah daerah pekan kecil.
Mengenali seorang hambah Allah pelanduk dua serupa itu mengejutkan aku dari
sebuah kemewahan duniawi yang aku miliki. Perjalanan hidupnya yang penuh liku
dan onak duri mengimbaukan aku tentang sebuah sejarah hidup keluargaku yang lalu. Pada
mataku perjalanan cerita kami sama namun ceritanya berbeza. Bila dia
menceritakan tentang keluarganya air mata kesedaran seorang hambah berhati
insani mula menitis, fikiranku terus membayangkan keadaan itu, benarlah apa
yang di sebut dalam Al-Quran
"Allah tidak
membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
(Surah Al-Baqarah
ayat 286)
Hebat jiwa-jiwa insan seperti itu, aku mula kagum dengan
keperibadiannya. Aku mula belajar dari satu sudut yang aku lihat terselit
seribu satu hikmah didalamnya. Hebat tarbiah Allah pada dirinya, selama ini aku
menyangka bahawa keperihtan hidup yang aku lalui ini hanya aku sahaja
merasainya, rupanya ada lagi ujian yang hebat Allah turunkan pada orang lain. Aku
mula jadikan ayat-ayat Allah sebagai muhasabah pada diriku, terkenang satu ayat
Al-Quran yang menyebut
"Janganlah kamu
bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg
paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yg beriman."
(Surah
Al-Imran ayat 139)
Allahuakhbar.. Maha suci Allah. Dia mula kehilangan kasih sayang
seorang ibu saat usianya masih muda untuk menerima cabaran hidup yang sebenar.
Saat ujian hidup sudah bertandang di usia itu siapa kita mahu menidakkan takdirNya. Allah
sayang dia, Allah suka mendengar keluhan hatinya, saat titisan air matanya
mengalir Allah mengangkat darjatnya, para malaikat kagum akan sifat sabar yang
dia miliki.
Saat orang lain merasai kemewahan dia hanya merasai
kepayahan, di sebuah rumah yang memerlukan pembantu rumah untuk membersihkannya, dia mengisi kekosongan itu demi mencari secicip rezeki untuk membantu ayahnya membesarkan adik-adiknya yang lain selain untuk keperluannya. Kepayahan keluarganya
mengajar dia erti hidup, kesusahan keluarganya membuat dia sentiasa
bersederhana. Itulah hambah ALLAH yang aku kenal dalam hidupku. Jika dinilai
baginya tiada apa-apa mampu aku banggakan namun kesungguhannya membuka mataku
dan membuat aku terpegun dengan kegigihan yang dia miliki. Dari sebuah mimpi
ngeri dia bangkit membela keluarganya, kesusahan itu tidak sama sekali
menjauhkan dirinya dari ALLAH namun mendekatkannya pada yang memberikan ujian
hidup ini.
Kisahnya sama dengan kisah hidup mak dan ayahku satu masa
dahulu. Mamaku hidup dalam dunia
keprihtan, dia seorang kakak terpaksa membesarkan dua orang adik-adiknya di samping ibu tirinya
menjadi episot cerita hidup mereka semakin mencabar. Ayahku pula lahir dalam sebuah
keluarga yang besar namun hanya dia sahaja yang diharapkan oleh mak dan ayahnya bagi
menyara adik-adik dan abang-abangnya, ayahku dari seorang pengilap kasut di lorong kaki
jalan akhirnya saat ini duduk di sebuah bilik lengkap dengan meja dan penghawa
dingin. Ayahku berusaha membuktikan bahawa dia mampu membela keluarganya yang
hidup dalam sebuah rumah beratapkan daun nipah yang diayam rapi oleh nenekku.
Allahurobbi menitis pula air mata saat tangan ini rancak
membicarakan kehidupan keluargaku dan aku cuba menyelami dunia keluarganya. Ya
ALLAH engkau sebaik baik perancang saat kami insan yang lemah ini mengatur
perjalanan hidup kami, Maha suci engkau Ya ALLAH, Engkau membuka mataku saat
aku sentiasa memandang manusia ini sama merasai kesenangan tanpa aku fikir ada
insan lain di sana Engkau turunkan ujian hidup padanya kerana tanda kasih dan
sayangmu pada mereka, moga Engkau tempatkan dia, keluarganya dan ibu
tersayangnya di dalam rahmatMu Ya ALLAH…..
Bertali arus dugaan tiba
Menakung sebak airmata
Namun tak pernah pun setitis
Gugur berderai di pipi
Tidak ditempah hidup sengsara
Suratan nasib yang melanda
Menongkah badai bergelora
Diredah bersendirian
Bagaikan camar pulang senja
Patah sayapnya tetap terbang jua
Sekadar secicip rezeki
Buat yang sedang rindu menanti
Segenggam tabah dipertahankan
Buat bekalan di perjalanan
Kau bebat luka yang berdarah
Kau balut hati yang calar
Telah tertulis suratan nasibmu
Derita buatmu ada hikmahnya
Terlukis senyum di bibir lesu
Tak siapa tahu hatimu
Biarpun keruh air di hulu
Mungkinkah jernih di muara
Biarpun jenuh hidup dipalu
Pasti bertemu tenangnya
No comments:
Post a Comment