Dalam kehidupan seharian, kita sering melihat pengutip
sampah, 'pak guard' dan seumpamanya.
Pernahkah kita melihat kehebatan yang dimiliki oleh
pekerja-pekerja rendah am seperti mereka?
Mereka bekerja mencari rezeki yang halal demi menampung
kehidupan ahli keluarga mereka. Ini adalah satu ibadah yang sangat mulia.
Mereka bertungkus lumus menjaga kebersihan alam sekitar dan
tanpanya sukar untuk dibayangkan bagaimana kita berhadapan dengan permasalahan
sampah dan bau busuk yang begitu menguja setiap kita.
Mereka mampu merendahkan diri untuk bekerja di sektor
seumpama ini untuk menyara keluarga dan memanfaatkan masyarakat menghayati
kebersihan yang merupakan sebahagian daripada Islam.
Beberapa soalan :
- Pernahkah anda menyapa mereka?
- Pernahkah anda menggembirakan mereka?
- Pernahkah anda memberi salam atau mengangkat tangan kepada mereka?
- Pernahkah anda menghadiahkan sesuatu bersempena hari perayaan seumpama hari raya dsb kepada mereka?
- Adakah anda sentiasa memudahkan kerja-kerja mereka dengan menyediakan sampah untuk diuruskan dengan baik dan sebersih mungkin?
Walau pun anda mungkin menganggap ini adalah isu kecil
tetapi hidup anda pasti sukar tanpa mereka.....
Ada seorang di kalangan mereka yang sempat saya kenali
dengan lebih rapat.
Dia bekerja sebagai buruh pengutip sampah di siang hari dan
kemudiannya bekerja sebagai 'jaga' atau 'security guard' di sebelah malam bagi
menampung pendapatannya yang rendah.
Beliau terpaksa menyara 6 orang anaknya yang bersekolah dan
yang sedang membesar. Namun beliau tidak pernah kelihatan mengeluh dan
kelihatan sentiasa menjaga solatnya.
Lebih mengkagumkan lagi apabila beliau turut membayar zakat
di Pusat Zakat Negeri walau pun pernah diberitahu bahawa kadar pendapatannya
yang rendah menyebabkan beliau dimasukkan di dalam kategori 'tidak wajib' untuk
membayar zakat.
Mereka mungkin dipandang rendah oleh orang ramai tetapi
jangan lupa bahawa kehebatan mereka memungkinkan mereka mendahului kita sebagai
calon ahli syurga.....!
Teringat Sorang Pak cik di Masjid Walles Bay...Semoga Allah merahmati beliau yang selalu menjaga kebersihan masjid..
ReplyDeleteiya.. pakcik rembo, dia da sakit mentel tu, Moga ALLAH merahmatinya..
ReplyDelete