Moga Ada Ruang Buatku

Monday 10 September 2012

Amanah Buat Pendokong Dan Penyokong



Amanat Presiden PAS Buat Petugas PRU13


WAHAI orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan) dan kuatkanlah kesabaran kamu (lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan) dan bersedialah (dengan melaksanakan tugas masing-masing) serta bertakwalah kamu kepada Allah supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan).

(Maksud
 Ali Imran: 200)

SELURUH ahli PAS perlu menjadikan gerakerja dalam Pilihan Raya Umum Ke- 13 sebagai sebahagian daripada jihad dan ibadah, dengan membetulkan niat melaksanakan tugas dengan penuh istiqamah dan iltizam, semata-mata mencapai keredaan Allah.

Persiapkanlah diri dengan kesabaran yang tinggi berdepan pertembungan paling sengit ini, dengan memperkukuhkan jentera parti daripada peringkat pusat sehingga cawangan dan peti undi. Elakkanlah khilaf (yang tidak perlu) dan mengutamakan semangat syura dalam membuat keputusan di setiap peringkat.

Sekiranya PAS dan Pakatan Rakyat diberi kepercayaan memimpin Malaysia, semua rakyat akan dilayan sama adil sebagaimana tuntutan Islam, dan seperti yang dipelajari dari Sirah Rasulullah s.a.w. tidak akan wujud gejala membalas dendam.

Marilah kita, ahli dan penyokong PAS, terus mempereratkan hubungan dengan Allah SWT dengan bermunajat dan bertawakkal kepada-Nya bagi memenuhi ciri-ciri golongan yang mendapat pertolongan Allah SWT. Saya menyeru ahli PAS mendekati para pegawai kerajaan termasuk ahli-ahli pasukan keselamatan seperti anggota tentera, polis dan RELA.

Petugas PAS juga perlu mempertingkatkan akhlak walaupun ketika menghadapi provokasi melampau pihak lawan, agar mereka juga dapat beralih bersama-sama menyokong perjuangan.

– Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang –

No comments:

Post a Comment