Moga Ada Ruang Buatku

Wednesday 5 September 2012

Mengumpat


Dosa Mengumpat



Mengumpat ialah menceritakan atau menyebut
keburukan atau kekurangan seseorang kepada orang
lain.

Rasulullah S.A. W. menjelaskan mengenai
mengumpat separti sabda nya bermaksud "Mengumpat
itu ialah apabila kamu menyebut perihal
saudaramu dengan sesuatu perkara yang
dibencinya" (Hadis Riwayat Muslim)

Mengumpat berlaku sama ada disedari atau tidak.
Perbuatan itu termasuk apabila menyebut atau
menceritakan keburukan Biarpun tanpa menyebut
nama pelakunya tetapi diketahui oleh orang yang
mendengarnya.

Memandangkan betapa buruk dan hinanya mengumpat,
ia Disamakan seperti memakan daging saudara
seagama. Manusia waras tidak sanggup memakan
daging manusia, inikan pula daging saudara
sendiri.

Dosa mengumpat bukan saja besar, malah antara
dosa yang tidak akan diampunkan oleh Allah
biarpun pelakunya benar-benar bertaubat.

Dosa mengumpat hanya layak diampunkan oleh orang
yang diumpatkan.
Selagi orang yang diumpatnya tidak mengampunkan,
maka dosa itu akan kekal dan menerima
pembalasannya diakhirat.

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:Awaslah
daripada mengumpat kerana mengumpat itu lebih
berdosa daripada zina. Sesungguhnya orang
melakukan zina, apabila dia bertaubat, Allah
akan menerima taubatnya.

"Dan sesungguhnya orang yang melakukan umpat
tidak akan diampunkan dosanya sebelum diampun
oleh orang yang diumpat" (Hadis riwayat Ibnu
Abib Dunya dan Ibnu Hibbad)


Disebabkan mengumpat terlalu biasa dilakukan,
maka ia Tidak dirasakan lagi sebagai satu
perbuatan dosa. Hakikat inilah perlu direnungkan
oleh semua.

Mengumpat dan mencari kesalahan orang lain akan
mendedahkan diri pelakunya diperlakukan perkara
yang sama oleh orang lain. Allah akan membalas
perbuatan itu dengan mendedahkan keburukan pada
dirinya.

Sabda Rasulullah S.A.W. "wahai orang beriman
dengan lidahnya tetapi belum beriman dengan
hatinya! Janganlah kamu mengumpat kaum muslim,
dan jangan lah kamu mengintip-intip keaibannya.
Sesungguhnya, sesiapa yang mengintip keaiban
saudaranya, maka Allah akan mengintip
keaibannya,
dan dia akan mendedahkannya, meskipun dia berada
dalam rumahnya sendiri" (Hadis riwayat Abu Daud)

Orang yang mengumpat akan mendapat kerugian
besar pada hari akhirat. Pada rekod amalan
mereka akan dicatatkan sebagai perbuatan
menghapuskan pahala.

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud :
"Perbuatan mengumpat itu samalah seperti api
memakan ranting kayu kering".

Pahala yang dikumpulkan sebelum itu akan musnah
atau dihapuskan seperti mudahnya api memakan
kayu kering sehingga tidak tinggal apa-apa lagi.

Diriwayatkan oleh Abu Ummah al-Bahili, diakhirat
seorang terkejut besar apabila melihat catatan
amalan kebaikan yang tidak pernah dilakukannya
didunia. Maka, dia berkata kepada Allah "Wahai
Tuhan ku, dari manakah datangnya kebaikan yang
banyak ini, sedangkan aku tidak pernah
melakukannya".

Maka Allah menjawab :"Semua itu kebaikan
(pahala) orang yang mengumpat engkau tanpa
engkau ketahui".

Sebaliknya, jika pahala orang yang mengumpat
tidak ada lagi untuk diberikan kepada orang yang
diumpat, maka dosa orang yang diumpat akan
dipindahkan kepada orang yang mengumpat. Inilah
dikatakan orang muflis diakhirat nanti.

Memandangkan betapa buruknya sifat mengumpat,
kita wajib berusaha mengelakkan diri daripada
melakukannya. Oleh itu perbanyakkan lah zikir
supaya dapat menghindarkan diri daripada
mengumpat.

No comments:

Post a Comment