Moga Ada Ruang Buatku

Monday 3 September 2012

Yang Dilalui dan Dirasai


Bersama family
Bersama keluarga bahagia

Assalammualaikum…


Tinggal berjauhan dari keluarga adalah satu episod kehidupan yang paling menyedihkan dan saat itu kesedihan yang dirasai amat sukar ditafsirkan oleh orang lain, kini aku hampir setahun tinggal di bumi perantauan, walaupun ia masih di bumi sabah namun alangkah indahnya hidupku andai mak dan ayahku ada di sampingku selalu. Apakan daya aku cuma insan yang datang berhijrah di kota sabah bagi mencapai hasrat dan impian mereka. Benarlah pepatah mengatakan pengalaman mematangkan fikiran, bila di sini aku teringat semua kisah silamku yang mana saat itu adalah satu sejarah yang bodoh aku lalui, kini aku telah memperolehi kekuatan sendiri dengan usaha serta semangat dari sahabat-sahabat yang membawa aku untuk terus bangkit dan ingin berjaya seperti orang lain.


  Bila pertama kali aku menjejak kaki ke sini, aku rasakan dunia baharuku ini terlalu asing serta sukar untuk aku membawa jiwaku ke suasana yang baru ini, mungkin aku masih merasakan indahnya hidup di tempat sendiri, orang yang pertama menjemput aku di terminal Inanam sabah adalah bapa saudaraku belah ayah, dia tinggal jauh dari Bandar KK, saat hujan gerimis dan suasana pagi yang sejuk hingga aku melupakan tentang diriku yang mana aku terpengun dengan suasana yang baru aku nikmati itu, aku pun di bawah Kem PGA beringgis papar, di sana akhirnya aku berjumpa dengan mak cikku yang hampir 10 tahun tak pernah jumpa dari aku kecil hingga umurku 19tahun ketika ini, baru aku rasakan nikmat pertemuan yang Allah aturkan. Tiga hari aku di rumahnya sebelum aku mendaftar di Kolej Yayasan Sabah dengan kos yang di ambil Diploma Teknologi Pengurusan 3tahun di bawah kerjasama UTM. Bermulah detik kehidupan aku di kampus ketika itu, selesai mendaftar aku di hantar ke rumah keluarga angkat bapaku, aku tinggal menumpang dengan mereka sepanjang aku menghabiskan pengajianku di sini, mereka tinggal di Kinarut papar, agak jauh jugalah dari rumah mak cikku di beringgis. Kesedihan mula terbit dari hatiku yang merindukan suasana riang dan bising adik-adikku yang jauh di bumi tawau. Suasana baharu ini amat sukar aku terima pada mulanya walau layanan tuan rumah amat baik pada pertama kalinya, stelah tinggal teralalu lama di rumah ini aku mula merasakan kehadiranku tak disenangi isteri pak cik keluarga anggat ayahku ini, suaminya amat baik bagiku, dialah tempat aku mengadu masalah dan tempat memberikan aku peringatan serta memimbing diriku dengan membuka fikiranku melihat dunia hidup masa kini.

  Liku-liku kehidupanku pada Sem 1 telah aku ambil sedikt darinya buat pengalaman hidup untuk aku jadikan panduan sepanjang berada di alam kampus yang bersisa 2 tahun ½ lagi untuk aku abiskan, dalam jangka masa ini aku cuba menanam fikrah agama pada pelajar-pelajar Kolej Yayasan Sabah dengan dibekalkan ilmu yang ada padaku hasil tarbiah-tarbiah pimpinan di tawau satu ketika dulu, tak semua orang mampu menerima apa yang aku bawa namun dengan itu aku tak juga aku membiarkan amanah ini aku lepasakan begitu sahaja tanpa berusha gigih ke arah itu. Aku tak bangga bila aku dikatakan pemula bagi usrah kampus kami itu pun hasil usaha dan kersama aku dan sahabatku saida anak kepada pesuruhan jaya Pas sabah yang banyak membantu aku sebelum dia meninggalkan kolej untuk sambung priktikalnya, aku terfikir juga kenapa lambat sungguh aku kenal beliau namaun itu bukan asbab aku tak laksanakan tanggunjawabku, kini aku cuba bangkit atas usahaku sendiri, membawa dan membimbing sahabat-sahabtku menuju redha Allah SWT..


Bersama keluarga ABIM
Bersama keluarga ABIM
  
Aku juga pernah ditarbiah dalam ABIM katika aku cuba mengumpul pengalaman dan ilmu buat bekalan, berada dalan jemaah ini banyak memberikan aku pengalaman yang amat berharga buatku dan aku mula di terima sebagai keluarga di dalamnya, kata mereka “kita satu keluarga”. Itulah ungkapan yang buat sepiku yang tercari-cari untuk merasakan usrah di tempat baru belum aku perolehi telah tercapai bila bersama mereka, di sanalah mulanya pencernaan ilmu aku perolehi, aku bersyukur pada Allah kerana setalah 2bulan lebih aku di kolej aku belum pernah di usrahkan lagi. Bila bersama Abim aku rasa sangat gembira kerana hari-hariku terisi dengan masa-masa yang berfaedah, aku gembira dengan aturan Allah dalam segenap kehidupan ini, semua yang berlaku dan aku lalui dengan redha, bersama Abim satu saat yang amat mengembirakan dan teristimewa walaupun kadang-kadang aku terasa dengan beberapa sikap seseorang di dalamnya namun itu bukanlah penghalang aku tidak mendokong daulah islamiah yang di bawah

No comments:

Post a Comment